Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, August 22, 2009

MESYUARAT UTK ReUnion Kali Ke-4



Dari Kiri; Rashid Taib, Arazmi Juhari, A Wahab Said dan Zulkifli Dato JM Aziz
Dari Kiri; Zakari Mohammad, Asli Baring, Yahya Khalid
Dari Kiri; Rohani, Sarimah, Aduni dan Asmaa'

Dari Kiri; Zulkafli, Rashid, Arazmi, A Wahab, Zulkifli (chor), Sarimah, Rohani, Yuhani, Aduni, Asma', Zakaria dan Yahya
Dari kiri; Yahya, Zulkafli, Rashid dan Arazmi. Tangan atas kepala tu Zakaria (PokYa)

Salam. Sekitar mesyuarat yang diadakan kelmarin 22/08/09 jam 1500-1700 (3 - 5 ptg) di sebuah warung tepi pantai Lapangan Terbang Telaga Batin. Mesyuarat diadakan dalam keadaan penuh ceria dan santai dengan pisang goreng, keropok goreng, ABC dan lain-lain. Walau pun sibuk dengan persiapan hendak menyambut ramadhan, jutaan terima kasih diatas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan mesyuarat kali ini untuk ReUnion kali ke-4 nanti. Pembahagian tugas dan sebagainya berjalan lancar. Kehadiran dalam mesyuarat tersebut ialah;-
  1. Zulkafli b Abd Razak
  2. Rohani
  3. Aduni bt Daud
  4. Sarimah bt Alwee
  5. Arazmi b Juhari
  6. Wahab b Said
  7. Zulkifli b Dato JM Aziz
  8. Asli b Baring
  9. Zakaria b Mohammad
  10. Asma' bt Mustafa
  11. Yahya b Khalid
  12. Yuhani bt Nawi

Keputusan Mesyuarat;-

  • Re4nion akan diadakan pada 24/9/09 jam 1000 - 1300 (10pg-1ptg)
  • Tempat Hotel Seri Malaysia, Kedai Binjai, Jln. Kg. Cina, K. Terengganu
  • Akan menjemput 10 orang bekas guru-guru mana yang dapat dihubungi
  • Tanpa bawa keluarga
  • Cabutan bertuah
  • Kemas kini nama, alamat dan lain-lain
  • Pakaian bersesuaian, casual dan kemas.
  • Surat jemputan dan sms telah dihantar. Jika sesiapa ada alamat atau no kawan-kawan lama tolong war-warkan.
  • Tolong sahkan kedatangan anda dgn sms Tuan Hj Arazmi 012-9895532 sebelum @ pada 20/9/09. Kepada yang tidak menerima surat/sms kerana alamat tidak lengkap @ no telefon bertukar boleh berbuat demikian jika terbaca blog ini.
  • KEDATANGAN ANDA AKAN MEMERIAHKAN SUASANA DAN TIADA APA-APA BAYARAN DIKENAKAN.

KEPADA SESIAPA YANG HENDAK MENYUMBANG HAMPER AMAT DIALU-ALUKAN DAN BOLEH BAWA KESANA DIHARI PERJUMPAAN NANTI.

BOOK DAN PELAN CUTI ANDA DARI SEKARANG UNTUK TARIKH TERSEBUT.


Thursday, August 20, 2009

SELAMAT BERPUASA

WELCOME FASTING SEASON START ON 22nd August 2009
Niat sebulan- Sahaja aku puasa esok hari bulan Ramadhan sekeliannya kerana Allah Taala, Taklid Imam Maliki.
Niat Harian-“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala ”
Sahaja aku puasa esok hari daripada menunaikan fardhu Ramadan pada tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan): Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam.
Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa berniat mana-mana malam di bulan ramadan maka niat mengikut Imam Maliki itu boleh dikirapakai maknanya boleh coverlah.
Niat Taklid Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam/harian hendaklah dilakukan juga seperti diatas.

Sunday, August 2, 2009

TENSION !!!

BANING- JUNGLE TORTOISE



KURA-KURA HUTAN DIPANGGIL BANING DIJUMPAI KETIKA HENDAK MELINTASI JALAN, LIHAT PERBEZAANNYA DENGAN KURA-KURA BIASA BERATNYA KIRA-KIRA 10KG MALAH ADA YANG LEBIH BESAR LAGI.