Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, August 30, 2010

CEK SAMAN MELALUI SMS

Apa yang saya boleh kongsi adalah cara untuk semak saman trafik melalui sms. Ada dua cara untuk kita semak saman trafik melalui sms iaitu dengan menggunakan no kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan.

Tuan/ puan boleh check saman polis trafik melalui sms dengan cara :

Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728

contoh : POLIS SAMAN 911809105110 hantar kepada 32728

atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :

SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728

Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728

Contoh : POLIS SAMAN ABC123 akurempit@yahoo.com dan hantar ke 32728

Cara nak buat bayaran : pergi ke bahagian trafik di balai polis berdekatan.. Bawa duit dua tiga guni…he he he

ATAU

Link sebelah kiri blog ini melaui myEG

1. Daftar dahulu sebelum boleh cek samana anda
2. Klik daftar sebelah kiri laman web tersebut
3. Isikan butir-butir dalam borang yang keluar
4. Kemudian hantar
5. Setelah selesai boleh Log In gunakan username dan password anda tadi.
6. Masukkan no pendaftaran kereta.

Saturday, August 28, 2010

KENAPA ALLAH KETEMUKAN KITA DGN ORANG YANG SALAH?

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,SUAMI ATAU ISTERI apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

UK vs PAKISTAN DRIFT

Saturday, August 14, 2010

Philipine Market

Kumustaka (Apa khabar). Philiphine Market, Sabah. Ikan, sotong, ketam, udang bakar pembuka selera cicah air asam jawa. Salamat (Terima kasih/Thank You)