Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, November 23, 2011

KRIS

Bolehkah anda bayang rupa bentuk keris ? Sejenis senjata tajam yang berkait rapat dengan orang Melayu. Itu dulu, tapi keris zaman angkasa ini telah berubah.

Kris zaman angkasa ini bakal dipasarkan dalam masa terdekat. Ianya akan menjadi satu senjata yang amat digeruni samada oleh pihak musuh atau mereka yang tidak berdosa yang terperangkap dalam konflik peperangan.

Keris ini adalah senjata ringan tercanggih pada ketika ini. Sebuah syarikat di negara barat pada ketika ini sedang menguji pada peringkat akhir senjata api yang diberi nama “Kriss” bersempena dengan nama “Keris” pisau tajam berkelok yang berasal dari Nusantara menurut mereka.

Tidak pernah sebelum ini sebuah mesingan ringan dicipta menggunakan peluru sebesar “.45 calibre” yang dapat memusnahkan sasaran dengan tepat dan cepat tanpa kuasa sentakan (recoil) yang kuat. Kriss ini boleh menggunakan kelopak peluru yang berisi 13 atau 28 butir peluru serta boleh ditembak secara otomatik sepenuhnya pada kadar 4,500 pusingan seminit. Rahsia Kriss ini ialah kuasa sentakan ini bergerak bukannya melintang ke arah bahu tetapi mendatar ke bawah, ke arah tanah, seperti mana jugalah keris asal yang kuasa menikamnya diseimbangkan dengan bentuk ulunya yang unik.
Apa yang dibanggakan ialah Bahasa Melayu digunakan untuk memberi nama senjata ringan tercanggih ini.

Apa yang dikesalkan ialah ada orang Melayu sendiri tidak memartabatkan Bahasa Melayu, seolah-olah tidak yakin kita tidak akan maju jika menggunakan Bahasa Melayu.

Lebih dikesalkan lagi ialah apakah Kriss ini akan menjadi senjata pemusnah untuk membunuh mereka yang tidak berdosa ? Menjadikan dunia tempat yang tidak selamat untuk anak-anak kita ? Jalan perundingan adalah yang terbaik.

Hidup Bahasa Melayu”