Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, January 17, 2023

16 Jan 2023 Al-Fatihah Yakari Bin Sulong


 Dukacita dimaklumkan kawan kita Yakari kerahmatullah pada pagi 16/1/2023 di Hospital Kunak, Sabah. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lormalong, Kunak, Sabah. Semuga Allah ampuninya dan ditempat bersama para solihin dan limpahi rahmatNya keatas rohnya.

Tuesday, August 31, 2021

Nostalgia 1977 - Dari Majalah Tahunan SEMESTA (SMKST )

Pasukan Pengakap
Pasukan Pandu Puteri

PKBM Senior Dipimpin Oleh Cikgu Harley Isaac & Jaafar Harun
PSSGM
PSSGM
PKBM & PSSGM


 

Akbar Pengistiharan KEMERDEKAAN MALAYSIA


Mohd Tarmizi menunjukkan akhbar The Sunday Times yang diterbitkan pada 1 September 1957 yang menyiarkan tentang pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang dimilikinya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kekabu, Pasir Mas. Foto Bernama

PASIR MAS - “Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjual kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi,” kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki satu naskhah akhbar ‘The Sunday Times’ bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Beliau yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal, di sini menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, yang bertajuk “THIS IS IT!”.

"Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu. "Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan,”Jelasnya, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai khazanah simpanan arwah bapanya ini, kerana tidak pernah diberitahu atau melihatnya.

Katanya, arwah bapanya, Ismail Salleh, yang meninggal dunia pada 1998 hanya seorang peniaga kedai runcit, manakala ibunya, Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu. Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Mohd Tarmizi berkata, dia percaya naskhah akhbar yang dimilikinya itu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ramai yang memilikinya. “Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun, iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungannya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaan negara.

“Memiliki khazanah sebegini adalah satu 'anugerah' tidak ternilai bagi saya, dan berharap dapat dijaga dengan sempurna," katanya. Ditanya adakah khazanah itu akan dijual, Mohd Tarmizi berkata, perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan, mencapai standard nilai barangan.

Katanya, dulu ada seorang lelaki yang datang melihat naskhah terbabit dimilikinya itu dan mengatakan ia adalah ‘palsu’, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya. “Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.

“Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan,” katanya yang bekerja sendiri. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/158600/KHAS/Cerita-Merdeka/Tolak-tawaran-RM20000-jual-akhbar-lama-pengisytiharan-kemerdekaan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Monday, August 2, 2021

Cikgu Ariffin Bin Jusoh Ke Rahmatullah 02082021


Dukacita dimaklumkan bahwa Cikgu Ariffin Bin Jusoh yang mengajar BM dan Lukisan telah ke Rahmatullah sebentar tadi di Bukit Besar. Berita diterima dari adik iparnya Azman Yahya jam 1829 melaui applikasi whatsapp. Semuga Allah ampuninya dan tempatkan bersama para solihin serta dilimpahi rahmatNya sentiasa. Aamin.

Saturday, July 18, 2020

Al-Fatihah


Sahabat seperjuang kita iaitu Tn Haji Azam Bin Mohd (Kemeja kuning) YDP Majlis Selayang telah kerahmatullah malam ini 17/7/2020. Semuga Allah ampuninya dan limpahi rahmatNya keatas rohnya. AAMIN. Kebumi di Serendah, Selangor pagi esok.

Wednesday, November 27, 2019

Al-Fatihah

Rakan kita Tuan Haji M Sokri bin Jusoh telah kerahmatullah selepas subuh kerana sakit jantung. Telah disemadikan di Perkuburan Islam Bukit Kuang, Kemaman. Allahyarham selalu menjadi emcee ketika reunion kita. Semoga Allah limpahi rahmatNya keatas rohnya. Sama-sama kita sedekah bacaan Al-Fatihah kepada rohnya. AAmin


 Allahyarham m Sokri
 Jenazah M Sokri
Cikgu Tn Haji Haslam ketika menziarah arwah M Sokri. Cikgu Haslam dipanggil Pak Andak di Bukit Kuang berniaga kedai mini market. Kalau mencarinya tanya Pak Andak ramai yang kenal jangan tanya cikgu Haslam pah ceroh orang dok kenal.

Thursday, May 30, 2019

Al-Fatihah

Semuga Allah limpahi rahmatNya keatas roh Tn Hj Zubaidillah bin Sulaiman diatas pemergiannya menemui Illahi. Al-Fatihah
Zubaidillah (Kopiah hitam)
Arwah Zubaidillah berdiri sebelah kiri ketika Sif.

Sunday, April 7, 2019

SEPINTAS LALU

Majlis sambut menantu Megat Zakaria 30/3/2019-Tahniah
 Walimatulurus anak Tn Hj Arazmi-Tahniah
 6/4/2019 Jassaniwati melawat Rogayah-Takziah Puan Rogayah diatas pemergian suami tercinta. Moga dilimpahi RahmatNya sentiasa. Alfatihah.
 Walimatul urus nak Hasenah Mohammad. Tahniah
 Arwah Sabri Abd Rahman-Moga Allah cucuri rahmatNya sentiasa. Al-Fatihah
 Aziz Awang
 Cikgu Musa
 Zaliha. Jan dan kawannya. Aku tau tukang selfie ni hahahah
 Rosli dan Zul ngopi di Paka
 Kelas B (Pertanian)
 Cikgu M Amin....sapa dang kena nampor.....aku dang hahahaha
 Cikgu ngajor perdagangan kelas C. Cikgu M Saad.....aku timbang duga jenggg sokmo hahaha
Rubaiah bt Zakaria