Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, June 20, 2009

BUKU DULU-DULU

Majalah Sekolah Menengah Seberang Takir (SEMESTA)
Muka depan buku kerja Bahasa Kebangsaan (Bahasa Malaysia) 1971 Isi buku kerja Bahasa Kebangsaan 1971
Muka depan buku-Mula belajar Tawarikh (Sejarah) pada 1973
Muka depan buku Ilmu Alam (Geografi) tahun 1973
Isi buku Ilmu Alam
Isi buku Ilmu Alam kisah melombong besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu

Muka depan buku Ilmu Sain tahun 1973
Buku tahun 1973. Ejaan lama huruf 'e' ada tanda berbeza bunyi dengan 'e' tak ada tanda.

LUKISAN DULU-DULU, KINI DAN.....

FIRE TRAINING


ADA LAGI SKILL.....
KINI MASIH LAGI MELUKIS SEKALI SEKALA BILA GATAL TANGAN
1978
ALAM SEMULAJADI
ALAM SEMULA JADI
ALAM SEMULAJADI
ALAM SEMULAJADI-5SCIENCE3 BUANG ADD MATH. AMBIL LUKISAN DAN ADA YANG AMBIL SASTERA 'SPECIAL CASE'. SEBABNYA GELAP GAMBAR ADD MATH. MAHIR JANJANG GOMETRI JER...YANG LAIN HANCUR!!! HAAAAA
LUKISAN 1978-DAH JADI ARTIFAK NI.

Monday, June 15, 2009

SHARING PHOTOS

USD270JUTA RAMPASAN DARI RAJA DADAH DI U.S.A
LPG TANKER - LETO PROVIDENCE AT EXPORT TERMINAL
LPG TANKER- BW SOMBEKE AT EXPORT TERMINAL
LPG TANKER AT EXPORT TERMINAL KEMAMAN
OPTIMAL KERTEH AT NIGHT
KIPC - KERTEH INTEGRATED PLANT COMPLEX BILLBOARD
TCOT-TERENGGANU CRUDE OIL TERMINAL FLARE -PCSB
GAS PROCESSING PLANT FLARE GPP56 AT KG TOK ARUN, PAKA
UNDER WATER WELDING
OIL RIG STRUCTURE CLEANING

OIL RIG
NDT
MALAYSIA OIL RIG UNDER CONSTRUCTION



LNG TANKER UNDER CONSTRUCTION AT DORKYARD
GAS PROCESSING PLANT
GAS PROSESING PLANT AT NIGHT
OIL RIG FLARE

Saturday, June 13, 2009

MESSAGE IN A BOTTLE

Poster Message In A Bottle together with Kowaki Yohei in the Ma Daerah Gallery.
Copy of Message In A Bottle at Ma Daerah Turtle Sanctuary Gallery at Kg Labuhan Kerteh.

STADIUM D KG KITA


9 JENIS ANAK SYAITAN

Sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 laknatullah ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggodasupaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang> tidak perlu.

2. Wathiin- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu> mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf- Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & kempat yg ada minuman keras).

5. Murrah- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga suami isteri> bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan> rumah tangga lagi).

8. Walahaan- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari. Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk!

10. Isetan.- Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang , Singapore , Beijing &.....>> Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.> Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta. Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

11. Hindusetan- Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak> sedar.......jadi lah hindusetan !!!

12. Santan- Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.>> Ha..tapi tak tau..banyak santan ni naik arr kolesterol pastu dpt penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung...hmmm haaaa

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap dan 400). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.

Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.' Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :
  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan .
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

JAWAPAN KPD SOALAN NON MUSLIM

SOALAN DARI BUKAN ISLAM UNTUK ORANG ISLAM, TENTANG AGAMA ISLAM Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.
  1. Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.
  2. Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.
  3. Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan ? Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.
  4. Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.
  5. Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa. Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan ? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan ma nu sia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.
  6. Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang mengambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.
  7. Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
    Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga a nu gerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?
  8. Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bu nu h hidupan bernyawa? Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bu nu h. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu,
    sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa ma nu sia.
  9. Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?
  10. Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik" Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"
  11. Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit" Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk ma nu sia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan ? Lagi besar penyakitnya kan ? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.
  12. Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi ?
    Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan. Kalau semua ciptaan untuk dimakan habis lori, bulldozer dan lain-lain pun orang makan.
  13. Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah. Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!
  14. Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul2 juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dia nu tinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Kalau mereka tak boleh terima maknanya dia ego lagi sesat dah memang sesat pun.