Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Friday, January 27, 2012

Self-Defense Sunglasses May Stop a Bullet

  Priced at a hefty $317, the Japan Self-Defense Force Sunglasses are touted as the world's first to "withstand an impact from an object 0.3 inches (or 6.55mm) traveling at 106 miles per hour."

Those specs probably won't mean much against a 9mm bullet speeding toward your eye at over 1,000 miles per hour, but it does make for a neat image.

Tuesday, January 24, 2012

Khasiat Pokok Kadok

Pokok Kaduk atau nama saintifiknya Piper sarmentosum merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Daunnya menyerupai pokok Sirih tetapi berbeza dengan pokok sirih, ia bukannya pokok memanjat, tetapi tumbuh di atas tanah.

Merupakan sejenis sayuran tempatan yang mudah ditemui. Tumbuhan ini dikenali sebagai Piper sarmentosum roxb dan berasal dari keluarga Piperaceae.

Air yang direbus dengan akar pokok ini dapat melawaskan kencing. Daunnya mujarab untuk merawat demam malaria dengan minum air rebusannya. Air rebusan ini juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema, sakit pinggang, sakit gigi dan sengal-sengal tulang. Boleh juga buat sayur masak lemak.

Kelebihan Buah Tomato


TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?

Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos.

Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi.

Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena.
Antara kelebihan dan kebaikan tomato ialah....

1. Baik Untuk Kencing Manis
Kandungan Karbohidrat dalam tomato sangat rendah maka ia baik untuk pesakit diabetes. Tomato dikatakan sangat berkesan dalam mengawal peratusan gula di dalam air kencing pesakit diabetes.

2. Baik Untuk Mata
Kiranya selama ini kita dengar lobak merah dan berry baik untuk mata, tomato juga baik untuk mata sebenarnya. Kerana kaya dengan vitamin A, tomato amat bermanfaat untuk kesihatan mata khasya rabun malam dan rabun jauh serta penyakit-penyakit mata lain akibat kekurangan vitamin. Daun tomato pula berguna untuk merawat saraf optik dan lemah mata. Ambil segenggam daun tomato yang baru dipetik. Bilas dan rendam selama 15 minit dalam air panas (tidak terlalu panas) di dalam bekas tertutup. Sejatkan. Air ini merupakan tonik untuk mata dan saraf optik. Hendaklah dimakan sesudu teh sebelum mengambil sajian utama 3 kali sehari.

3. Baik Untuk Obesiti
Tomato sangat berguna dalam rawatan obesiti. Makanlah satu atau dua biji tomato ranum pada awal pagi tanpa sarapan selama 2 bulan. Ini dianggap kaedah selamat untuk pengurangan berat badan. Pada waktu yang sama, ia membekalkan elemen-elemen makanan penting untuk mengekalkan kesihatan.

4. Baik Untuk Gangguan Usus dan Hati
Minum segelas penuh jus tomato segar. Campur dengan secubit garam dan lada sulah. Diminum pada awal pagi. Ia petua berkesan untuk mengurangkan mabuk wanita mengandung, merawat masalah berkaitan hempedu dan hati serta jaundis. Juga berkesan merawat masalah penghadaman, angin dalam usus dan sembelit.

5. Baik Untuk Gangguan Pernafasan
Sebelum tidur, telan tiga ulas bawang putih. Kemudian minum segelas penuh jus tomato segar dicamputkan madu dan secubit serbuk pelaga. Ini merupakan petua berkesan merawat TB dan jangkitan paru-paru. Ia meningkatkan pertahanan tubuh dan menghalang penolakan serta percampuran ubat-ubatan yang sering berlaku pada pesakit TB. Bagi pesakit lelah, rawatan ini melegakan rasa sesak di dalam bronkiol dan pengeluaran mukus (lendir) melampau serta kejang.

6. Baik Untuk Ibu yang Menyusu
Ibu yang menyusukan bayi digalakkan makan tomato. Memakan produk berasaskan tomato (atau tomato yang dimasak) boleh meningkatkan kandungan likopena di dalam susu ibu. Ini tentunya baik untuk kesihatan bayi.

Tip Memilih TOMATO...
Untuk yang paling berkhasiat, pilihlah tomato yang paling merah ranum.

Untuk yang lebih sedap pula, rendamkan beberapa biji tomato di dalam air. Yang tenggelam itu lebih sedap berbanding yang terapung. Ini kerana yang tenggelam itu mengandungi lebih banyak kandungan gula.

Sunday, January 15, 2012

Foto Ihsan dari Asli

Majlis perkahwinan anak Asli b Baring tapi yang peliknya ayah dan ibunya naik pelamin...buang tabiat Awang (Asli) ni di Dewan Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu pada 15hb Jan 2012. Dibuat disana kerana sponsor kerana rumah beliau hangus dijilat api baru-baru ini. Tahniah semuga berkelalan hingga akhir hayat.

Saturday, January 7, 2012

Health Information

 Alfalfa weed

Gout adalah penyakit yang berpunca dari lebihan asid uric yang tidak disingkarkan. Asid uric ini jika cukup vitamin dan mineral akan disingkarkan secara semulajadi bersama air kencing. Namun, akibat kekurangan nutrien atau sesetengah fungsi badan telah rosak, asid urik akan masuk ke dalam darah dan bertukar menjadi kristal yang berkumpul di sendi sendi anggota badan. Lama kelamaan, jika gout menyerang, sendi terutama kaki dan jadi akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit ketika berjalan atau bersentuhan di kawasan bengkak.

Rawatan pesakit gout adalah menjaga diet dan ubat penahan sakit. Namun, ubat penahan sakit mungkin akan meninggalkan kesan untuk jangka masa panjang.

Secara semulajadi, asid urik ini akan disingkarkan oleh badan. Buah pinggang berfungsi untuk menukarkan asid uric menjadi urea. Jika buah pinggang tidak mampu menjalankan fungsinya, jadi gout mungkin boleh berlaku. Mengapa buah pinggang boleh kurang efficient? Pengambilan dadah/ubat yang terlampau banyak dan berterusan boleh menjadi puncanya. Ketika stress juga, banyak vitamin yang penting untuk proses perkumuhan terpaksa disalurkan untuk mengurangkan stress. Jika kita makan makanan tinggi purine seperti sardin, hati dan limpa ini akan meninggalkan asid urik sebagai bahan kumuh secara berlebihan. Makanan tinggi protein jika dimakan terlampau banyak memerlukan buah pinggang untuk bekerja lebih keras untuk proses perkumuhan. Berat badan berlebihan, obes, alkohol dan tekanan darah tinggi adalah antara faktor yang berisiko tinggi untuk mendapat gout.

credit


Jadi, amat penting untuk pesakit gout atau golongan yang berisiko untuk gout menjaga diet harian. Jika anda mahukan altenatif selain ubat penahan sakit dari doktor anda, jawapannya adalah supplement berikut:

1. Alfalfa - merupakan detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
2. Performance Drink - memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid uric.
3. Fiber Unfalvored - mengandungi vitamin, mineral dan fiber yang berfungsi untuk menyerap lebihan gula dan lemak dari badan dan menyingkirkan melalui proses perkumuhan.
4. Omega-mengelakkan inflamation atau rasa kepanasan pada sendi-sendi pesakit.