Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, August 25, 2012

Sunday, August 12, 2012

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assalaamualaikum
HJ MOHAMAD BIN A. GHANI & HJH ADONI BINTI DAUD
dengan segala hormatnya menjemput RAKAN-RAKAN seperjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Takir/Sekolah Ibrahim Fikri pada tahun 1976-1980 serta keluarga ke majlis perkahwinan puteri kami

Nurun Nadia binti Mohamad
 dengan pasangannya
Ahmad Asraf Asyari bin Maruzuki

pada hari Jumaat, 24hb Ogos 2012 bersamaan 6 Syawwal 1433 Hijrah
beralamat di Lot 9427, Jln. Surau Hj. Yaacob, Kg. Mak Kemas, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu Darul Iman.

Semuga dengan kehadiran Dato',/Tuan/Puan/Encik/Cik akan menyerikan lagi majlis dan mudah-mudahan InsyaAllah akan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih.

Wassalam-Hjh Adoni binti Daud

Friday, August 10, 2012

Kerana Cerdik...Dia Dibunuh

Lahir sekitar 500 sebelum masihi di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan Matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.


Tokoh-tokoh di bawah adalah insan genius, tapi malang kebijaksanaan itu dipandang songsang oleh segelintir manusia yang singkat akalnya. Hanya kerana idea-idea baru mereka bercanggahan dengan pemikiran ortodok pada zaman tersebut,cendekiawan-cendekiawan itu difitnahkan sebagai sesat, merosakkan akal fikiran anak-anak muda dan mengancam keselamatan manusia. Akibatnya, mereka dikeji, hidup merana, dibuang negeri,dipenjara dan dihukum mati. Siapakah cendekiawan-cendekiawan itu? Antaranya........
1) ANAXAGORAS:
Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.

Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan anaxagoras supaya menarik baik idea-idea tersebut. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu juga diserang bagi ke lemahkan semangat anaxagoras.

Akhirnya, anaxagoras ditangkap kemudian dihalau keluar dari athens. Beliau mati pada 428SM di Lampsacus.


2) PROTAGORAS (490-420 SM);
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori relatifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya.pandangan subjektif itu masih masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu untuk menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.

Protagoras lalu ditangkap dan dibicarakan di Athens atas dakwaan sesat. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.

Pertelagahan semakin hangat apabila Hypatia menulis dalam bukunya, "semua agama dogma yang ada di dunia ini adalah salah dan bohong, ia tidak sepatutnya diterima oleh manusia yang berakal waras dan punya harga diri".

Ketika perselisihan pendapat itu semakin tegang, Hypatia mengajak orang ramai mempertahankan hak mereka untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Gereja melihat suaranya itu sebagai menggalakkan lagi masyarakat menolak Kristian.

Suatu hari, sekumpulan paderi Kristian menangkap Hypatia. Wanita itu dipukul kemudian diheret ke gereja, lalu kulit dan dagingnya disiat-siat dengan batu tajam. Beberapa orang lagi mengelar-ngelar badan Hypatia dengan kulit tiram tanpa menghiraukan jeritan dan tangisannya. Darah membasahi perkarangan gereja, cebisan daging bertaburan di merata tempat. Mayat Hypatia kemudian dihumban ke dalam api diiringi sorakan dan tepukan.

3) COPERNICUS (1473 - 1543)
Lahir di Poland,Copernicus sebenarnya ahli matematik. Namun hobinya memerhatikan cakerawala semasa menjadi pendaftar hukum-hukum gereja di Frauenberg menyebabkan beliau terkenal dalam bidang astronomi moden.

Hasil pemerhatiannya, Copernicus memulakan idea matahari adalah pusat cakerawala,bukannya bumi seperti yang dipercayai oleh manusia sejak sekian lama. Kata Copernicus, bumi ini berpusing dan pusingan itu lengkap dalam tempoh sehari.ndalam masa yang sama bumi beredar mengelilingi matahari dan pusingan itu lengkap dalam masa setahun. Bulan pula berpusing mengelilingi bumi.
Pihak gereja terus melenting kerana mereka berpegang kepada ekori Ptolemic iaitu bumilah yang menjadi pusat cakerawala dan alam maya ini dibungkus oleh satu lapisan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Menyedari ideanya yang melawan tradisi, Copernicus enggan menerbitkan buah fikirannya itu. Copernicus tahu, kalau idea itu diterbitkan,dia pasti mendapat bala. Hanya ketika usianya sudah renta, barulah anak murid beliau, George Rheticus berjaya memujuk Copernicus menerima salinan pertama buku tersebut hanya beberapa jam sebelum meninggal dunia.

4) GIORDANO BRUNO (1548 - 1600)

Saintis Itali ini bertanggungjawab mengetengahkan idea Copernicus bahawa alam semesta ini tiada batas sempadan dan terdapat alam-alam lain yang dihuni oleh makhluk selain manusia. Dia mengembara ke seluruh Eropah, tapi bukan saja ditertawakan, malah dianggap sesat dan anti-Kristian.

Selepas 15 tahun mengembara, Bruno kembali ke negaranya. Sampai di Venice, seorang pemuda bernama Mocegino mengajak Bruno tinggal di rumahnya. Rupa-rupanya ia satu perangkap! Bruno ditangkap lalu dihadapkan ke pengadilan. Sejak 1593 hingga 1600, Bruno dikurung di Penjara Papal, Rome. Selama lapan tahun itu pihak gereja memaksa Bruno menarik balik idea-ideanya yang bercanggahan dengan dogma Kristian.

Biarpun dipaksa san berkali-kali di beri peluang, Bruno tetap enggan. Sebagai hukuman dia disalib, seterusnya dibakar hidup-hidup. Semasa perbicaraan Bruno ada berkata, " mungkin kamu, Yang Arif, mengumumkan keputusan ini dengan perasaan takut, melebihi ketakutan yang sepatutnya dialami oleh orang yang menerimanya".

5) GALILEO (1564 - 1642)
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utara dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop. Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi Jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakerawala, bukannya bumi. Juga, bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.

Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap dan dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan. "engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau menandatangani dokumen ini!!" kata seorang pegawai gereja.

Galileo yang ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun hingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk di kebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan pihak gereja.

Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya itu dibongkar dari sebuah perkuburan di Florence lalu di kebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, iaitu 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan-golongan agama terhadap Galileo."kes Galileo sudah berakhir",kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana dia mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari!

Wednesday, August 8, 2012

Makanan Popular Terengganu

Bulan Ramadhan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadhan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.
No. 1- Akok, manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang pantai timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. Jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih Akok. Akok yang terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipa dan pati pandan. Ini dipukul menjadi bancuhan hijau muda dan kemudian dibakar di atas bara api daripada sabut nyor. Kuih ni spupu nganang.

No. 2- Lopat Tikang- Kuih yang amat cantik, berlapis hijau, putih dan bermakhkota pulut merah jambu. Tetapi perlu dinikmati dengan moderasi. Sum-sum hijau dibawah dibuat daripada tepung beras dan pandan, diatasnya santan masin dan gula nipa. Rasanya lemak-manis dengan kepahitan yang memberi kuih ini dimensi yang unik.

 
 No. 3- Asam Gupal- Di pantai barat kuih ini lebih dikenali sebagai badak berendam. Ceritanya kuih ini mendapat namanya kerana setiap satu ‘digumpal’ dengan tangan menghasilkan kuih yang bulat dan comel. Ia mempunyai tekstur melekit, luarnya adalah sagu dan dalamnya kacang hijau yang telah dihancurkan. Sebalum dijual ia akan berendam di dalam mandian santan lemak-manis dengan kepedasan rasa halba dan halia.
 No. 4- Mek Comey- Di Kelantan kuih popular ini dikenali sebagai Cek Mek Molek. Sayangnya namanya tidak serupa rupa. Lebih senang terserempak kucing bertanduk daripada terjumpa Mek Comey yang betul-betul comel. Rupa parasnya sederhana, lembut dan bewarna coklat keemasan diperbuat daripada adunan ubi steler. Gigit Mek Comey ini dan cairan gula akan meleleh keluar. Memang betul kuih ni bakkan kuih keria yang diterbalikkan.
No. 5- Lok Lit- Ini memang rekaan Terengganu. Rupanya seiras Buah Gomok dan memang susah dijumpai walaupun di bulan Ramadhan. Ia juga bentuk bulat dibuat daripada kelapa parut, cairan gula nipa dan pulut yang ditumbuk halus. Ini dibulatkan menjadi lebih kurang bentuk bola ping pong. Cara terbaik untuk membuat kuih ini adalah dengan lesung kayu. Jikalau anda bernasib baik, kuih ini memang sesuai dijadikan juadah berbuka. Kuih ni spupu kepal.

Rojok kateh, nekbak, rojok setor dll jatuh nombor bawah skit.
 Nekbak dan rojok kateh