ASSALAMUALAIKUM wrt. wbt dan Salam Sejahtera (Tek Ucapan)
Bismillahhirahmannirrahim
Para barisan ajk dan teman-teman seperjuangan
ReUnion/Alumni yang dihormati sekalian!
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi. Saya
mengucapkan tahniah di atas usaha dan gembelingan tenaga semua sejak beberapa
ketika yang lalu, dalam kekangan masa, tenaga dan sumber kewangan yang terhad,
serta kekangan komitmen kerja, maka Program ReUnion Hi-Tea hari ini akhirnya
menjadi kenyataan buat kali kelima diadakan di Pantai Timur bersamaan usia kita
telah dan akan jangkau setengah abad.
1. Kali
pertama diadakan pada 21 Feb 2004 di CRR Telaga Batin setelah 25 tahun berpisah
demi mengejar cita-cita semenjak 1980. Kehadiran pada waktu itu adalah 47
orang.
2. Kali
kedua diadakan di Dewan Sekolah Ibrahim Fikri pada 20 Nov 2004 bersama keluarga
serta guru-guru, dihadiri oleh seramai 57 orang bekas pelajar. Kutipan derma
kilat sumbangan surau sekolah yang sedang dalam pembinaan ketika itu serta
cenderahati kepada guru-guru yang hadir.
3. Kali
ketiga pada 4 Dec 2005 Majlis Temu Mesra di Peransang Templer Golf Club
dianjurkan oleh Tn Hj. Azami. Kehadiran 10 orang.
4. Kali
keempat pada 23 Dec 2006 di Park Inn Batu Buruk kehadiran sekitar 20 orang
sahaja memandangkan musim hujan ketika itu.
5. Kali
kelima di Hotel Seri Malaysia, Kedai Binjal pada 24 Sep 2009. Kehadiran 38 dan
5 orang guru.
6. Kali
keenam di Al-Rawsha, Kampung Pandan pada 28 Sep 2013 yang lalu. Kehadiran 13
orang.
Para rakan seperjuangan sekalian….
Melaksanakan perjumpaan sebegini memerlukan komitmen
100% kerana ini merupakan kerja yang dilakukan tanpa bayaran dan merupakan
suatu amal bakti semua pihak diantara kita. Tanpa komitmen anda semua untuk
hadir memeriahkan majlis ini dan tanpa keizinan-Allah swt, ini semua tidak akan
menjadi realiti pada hari ini.
Ia tidak semudah yang disangka, tidak semudah
yang dibicara, lebih mudah mengungkap kata-kata dari melakukannya…..!
Insyaallah, dengan sokongan dan komitmen semua pihak, segala kekurangan dan
kesilapan akan diperbaiki di masa-masa akan datang jika ada mereka yang ingin
menganjurkannya pula. ReUnion/Alumni SeMeSTa/SIF7680 suatu wadah bagi semua
bekas pelajar samada lelaki mahupun perempuan dari semua aliran untuk
mengeratkan kembali silaturrahim.
Sumbangan dan komitmen anda sangat-sangat dikehendaki.
Jika anda berkemampuan dan punya kepakaran mahupun ilmu serta kemahiran, lantas
ia relevan untuk kita sumbangkan untuk aktiviti-aktiviti ReUnion dimasa akan datang
jika ada, mungkin Jubli Intan 25 tahun lagi.
ReUnion Jubli Emas kali ini adalah yang
kelima di adakan di Pantai Timur dan yang ketujuh jika dicampur dengan Pantai
Barat serta yang teramai sekali sejak diadakan. Saya rasa terharu diatas
sambutan yang diberikan. Ada yang datang dari jauh samada melalui darat, udara
atau jalan air jika ada. Ada yang datang sendirian dan segelintir berpasangan
kerana sebab-sebab tertentu semuanya di alu-alukan memperkukuhkan ukhuwah
penubuhan ini maka terjalin ikatan silaturahim dan kesatuan ummah amnya.
Diantara kita kini bertebaran dimerata-rata
masyarat dalam Malaysia amnya, masing-masing mencipta kejayaan dalam bidang
masing-masing yang berbeza.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian boleh
melayari website/blog ReUnion yang telah lama saya bangunkan diatas cadangan
sewaktu perjumpaan yang pertama dahulu seperti tercatit pada kain rentang dan
juga rantai kunci. Saya mengalu-alukan sebarang berita dan foto untuk dikemas
kini dalam blog sebagai salah satu platform maklumat, melalui wassap, email
atau apa saja media kepada saya. Saya mohon maaf kerana terdapat foto-foto yang
saya muat naik tanpa kebenaran empunya.
Saya selaku pengerusi yang dilantik semasa
perjumpaan pertama dahulu mewakili semua ajk mengucapkan jutaan terima kasih
‘Jazakallahu Khairan Katsiira’, ReUnion ini tidak akan meriah dan berjaya tanpa
sokongan, sumbangan hamba Allah dan anda semua. Juga tidak dilupakan sumbangan
dalam bentuk idea, masa dan tenaga mereka secara lansung dan tidak langsung
sejak dari mula-mula dulu hingga sekarang. Moga Allah membalas jasa anda semua
dengan sebaik-baik balasan.
Masih ramai lagi rakan-rakan seperjuangan
yang tidak dapat dihubungi kerana tiada kabar berita selepas tamat
persekolahan, bertukar nombor telefon, alamat dan tempat kerja. Untuk makluman
kali ini diadakan tabung derma kilat untuk membantu rakan seperjuangan yang
dikenal pasti memerlukan untuk meringankan sedikit bebanannya setakat termampu.
Dimaklumkan juga guru Bahasa Malaysia dan
juga lukisan iaitu Cikgu Ariffin bin Jusoh dalam keuzuran kerana angin ahmar.
Saya telah pun menziarahinya dan percaya rakan yang lain ada juga telah pergi.
Sesiapa ada kelapangan boleh menziarahinya di Rumah Murah, Kampung Telaga
Daing, Seberang Takir.
Sebelum mengakhiri ucapan ini saya memohon
jutaan kemaafan andainya terdapat kekurangan, kesilapan atau kelemahan semasa
berlangsungnya program ReUnion ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari
Allah swt dan yang tidak baik itu dari kelemahan diri sendiri.
‘Hablum minallah hablum minanas. Keep in
touch’
Wabillah hi taufiq wal hidayah,
wassalaamualaikum wbt
Terima kasih
Zulkafli b Abd Razak
Pengerusi ReUnion SeMeSTa/SIF7680
18hb Okt 2013
Bantuan derma diagih-beliau mengucapkan jutaan terima kasih
Kehadiran bersetuju datang seramai 76 orang, oleh kerana urusan yang datang mengikut pendaftaran seramai 60 orang. Ada yang datang terpaksa pulang awal kerana urusan.
Makluman. Duit tabung sedia ada RM430. Beli hamper RM420 Baki RM10. Tidak termasuk hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh rakan-rakan. Pendaftaran RM25 seorang untuk Hi-Tea RM1555 dan sumbangan hamba Allah dua orang RM200+RM500=RM2255. Tolok hi-Tea untuk 70 orang RM1750=RM505 + RM10 baki tabung dalam akaun bersama Puan Yuhani dan Yahya Tabung ReUnion bendahari jadi RM515.
Kutipan derma kilat RM1227. Derma kepada tiga orang ahli RM100/seorang baki RM927. Sekian.
Resit pendahuluan RM800
Resit baki dan jumlah keseluruhan.