Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, August 31, 2021

Nostalgia 1977 - Dari Majalah Tahunan SEMESTA (SMKST )

Pasukan Pengakap
Pasukan Pandu Puteri

PKBM Senior Dipimpin Oleh Cikgu Harley Isaac & Jaafar Harun
PSSGM
PSSGM
PKBM & PSSGM


 

Akbar Pengistiharan KEMERDEKAAN MALAYSIA


Mohd Tarmizi menunjukkan akhbar The Sunday Times yang diterbitkan pada 1 September 1957 yang menyiarkan tentang pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 yang dimilikinya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kekabu, Pasir Mas. Foto Bernama

PASIR MAS - “Meskipun pernah ditawarkan RM20,000 oleh seorang pembeli beberapa tahun lalu, saya tidak sanggup menjual kerana percaya nilai khazanah ini lebih tinggi,” kata Mohd Tarmizi Ismail, 45, yang memiliki satu naskhah akhbar ‘The Sunday Times’ bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan negara.

Beliau yang menetap di Kampung Kekabu dekat Lemal, di sini menjelaskan, akhbar yang dimilikinya itu mempunyai 32 muka surat lengkap dan gambar hadapan pula adalah gambar pengisytiharan kemerdekaan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, yang bertajuk “THIS IS IT!”.

"Saya sebenarnya menemui naskhah akhbar ini ketika merombak rumah pusaka milik arwah kedua ibu bapa, selepas banjir besar 2014 lalu. "Akhbar ini ditemui bersama sebilah keris pusaka dalam keadaan baik. Selepas meneliti saya dapati ia adalah akhbar lama yang menyiarkan mengenai kemerdekaan negara, iaitu sehari selepas negara mencapai kemerdekaan,”Jelasnya, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai khazanah simpanan arwah bapanya ini, kerana tidak pernah diberitahu atau melihatnya.

Katanya, arwah bapanya, Ismail Salleh, yang meninggal dunia pada 1998 hanya seorang peniaga kedai runcit, manakala ibunya, Saodah Omar pula meninggal dunia tahun lalu. Difahamkan, di akhbar itu ada ditulis naskhah itu dicetak dan dikeluarkan oleh The Straits Times Ltd Cecil Street Singapore dan 111 Pudu Road Kuala Lumpur.

Mohd Tarmizi berkata, dia percaya naskhah akhbar yang dimilikinya itu mempunyai nilai yang tinggi dan tidak ramai yang memilikinya. “Beberapa hari lagi akhbar ini akan berusia 64 tahun, iaitu satu tempoh yang lama apatah lagi kandungannya adalah mengenai catatan sejarah kemerdekaan negara.

“Memiliki khazanah sebegini adalah satu 'anugerah' tidak ternilai bagi saya, dan berharap dapat dijaga dengan sempurna," katanya. Ditanya adakah khazanah itu akan dijual, Mohd Tarmizi berkata, perkara itu boleh dibincangkan sekiranya harga yang ditawarkan, mencapai standard nilai barangan.

Katanya, dulu ada seorang lelaki yang datang melihat naskhah terbabit dimilikinya itu dan mengatakan ia adalah ‘palsu’, tetapi yang peliknya dia menawarkan pula sebanyak RM20,000 untuk membelinya. “Bagi saya nilai khazanah ini jauh lebih tinggi, dan sekiranya ada pengumpul barangan antik atau pakar yang mahu melihatnya, boleh hadir melihat sendiri di rumah saya.

“Saya kini sedang mencari tempat yang sesuai untuk menyimpannya, bagi mengelakkan ia mengalami kerosakan,” katanya yang bekerja sendiri. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/158600/KHAS/Cerita-Merdeka/Tolak-tawaran-RM20000-jual-akhbar-lama-pengisytiharan-kemerdekaan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Monday, August 2, 2021

Cikgu Ariffin Bin Jusoh Ke Rahmatullah 02082021


Dukacita dimaklumkan bahwa Cikgu Ariffin Bin Jusoh yang mengajar BM dan Lukisan telah ke Rahmatullah sebentar tadi di Bukit Besar. Berita diterima dari adik iparnya Azman Yahya jam 1829 melaui applikasi whatsapp. Semuga Allah ampuninya dan tempatkan bersama para solihin serta dilimpahi rahmatNya sentiasa. Aamin.