Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sunday, September 13, 2009

KISAH MALAM LAILATUL QADAR

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid " kata Abah separuh memerintah. Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib sungguh.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku." Kenapa? " tanya Abah."

Lailatuqadar " kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah."Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid? "Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini." Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor…. pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah….Bodoh, " sambung Ayah

No comments: