Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, January 26, 2010

PUSAT HOMEODIALISIS

Salam dan selamat sejahtera semua.

Saya menjadi SU Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu (PPBPT) semenjak 2000 (bermula penubuhan).

Sept 2004 - Feb 2005 : PPBPT mula mempunyai pusat dialisis sendiri dengan menyewa rumah kecil berdekatan hospital. Hanya sebuah mesin hemodialisis dan beberapa alatan lain daripada sumbangan tabung darul iman RM40K dan Maidam RM30K. Nama : Pusat Dialisis Darul Iman. Jumlah pesakit : 2 orang

Mac 2005 - Ogos 2007 : EPIC memberikan sumbangan RM250K.Tambah mesin hemodialisis jadi 5 buah, sebuah Reverse Osmosis dan lain alat. pesakit 18 orang. Nama: Pusat Dialisis EPIC, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar.

September 2007 - Sekarang : Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ajak usahasama. Pindah ke bangunan MBKT Jalan Hiliran. Ada 11 mesin hemodialisis dan 38 pesakit. 28 orang pesakit dibayar oleh JPA dan jabatan kerajaan dengan caj RM 200 sekali rawatan, 3 kali seminggu. 6 pesakit tidak mampu ditanggung oleh YKN dan 4 orang oleh persatuan. Nama : YKN Dialisis

Kini tempat yang ada padat dengan pesakit. Kami bercadang untuk pindah. PPBPT ingin bergerak sendiri dengan mempunyai tanah dan bangunan sendiri yang boleh menampung sekurangnya 20 mesin. dah pohon tanah kerajaan di Kubang Buyung 1/3 ekar, tak tahu dapat atau tidak.

Bermula 2 minggu lepas kami membuka sebuah lagi pusat hemodialisis di Dungun, Kali ini dengan kerjasama Maidam di bangunan Maidam, Pak Sabah. Sekarang ada 4 mesin (boleh muat 7 mesin) . Terdapat baru 9 orang pesakit. Nama : Pusat Dialisis Maidam

Di Terengganu dalam setahun tidak kurang terdapat 140 orang pesakit baru. HSNZ hanya dapat menampung seramai 114 orang pesakit, H Kemaman 60 pesakit, H Dungun 60 , H Besut 60 dan H Hulu 40.

Pesakit lain perlu ke pusat dialisis yang ada : YKN Dialisis, NKF, Islah, Nurain, KayTee, Nabila (Kemaman), Maidam(Dungun), Teraktif (Besut). Jika tidak kena masuk wad setiap 2 minggu dan buat sedikit pembedahan perut untuk buang racun dalam tubuh.

Saya mengalu-alukan teman2 untuk membantu usaha yang kami dalam persatuan lakukan bagi membantu memberikan rawatan kepada pesakit.

Cek/poster order boleh buat atas nama: PERSATUAN PESAKIT BUAH PINGGANG TERENGGANU

Alamat : Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu. No. 1A Tingkat Bawah Wisma MBKT, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu.

Tel : 09-6252308 , Faks : 09-6252307 H/S Rafi : 019-9817368


Dikecualikan cukai pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
( Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5464), Warta Kerajaan : 14369

(Saya boleh dicari di Unit Nefrologi, HSNZ).

Sekian,terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

saya pelajar jurusan diploma kejururawatan ingin mencari pekerjan dalam bidang kejururawatan. saya telah habis menjalankan latihan kejururawatan pada 2009 dan telah lulus lembaga jururawat. sila hubungi saya di nombor telefon 0137775897 sekira ada jawatan jawatan kosong.

Anonymous said...

SAYA NUR AIN BINTI ZOLKEPLI BERMINAT DALAM BIDANG HEMODIALISIS DAN TELAH LULUS LJM.JIKA ADA KEKOSONGAN SILA HUBUNGI SAYA 0199-543667.TERIMA KASIH.

Anonymous said...

as salam..
saya NORFARLIDA BT MOHAMAD YAZIZ..
kelulusan diploma kejururawatan.beminat dalam bidang hemodialisis dan saya ada pengalaman dalam bidang ini selama 9 bulan..sekiranya ada kekosongan sila hubungi saya di 013-9033230..terima kasih.

kerangbakar said...

saya tinggal di padang hiliran dan berminat untuk kerja di pusat heamodialisis.saya post graduate diploma in nursing.jika ada kekosongan boleh hubungi saya 0179039199

Zack-Moderator said...

TANYA DOKTOR M RAFI.

nizam said...

saya nizam jurusan diploma in nursing. fresh graduate . pointer akhir 4.00. sangat berminat mgenai hemodialisis. kalau ada kekosongan jawatan saya bersedia untuk mengisi kekosongan. jika berminat blh hubungi saya di 0179184285

DieLocked said...

Assalamualaikum...
Saya merupakan graduan diploma kejururawatan.dan amat berminat dlm hemodialisis.jika ada kekosongan,boleh hubungi saya di 019-3769068 @ 017-4221246

Anonymous said...

assalamualaikum.. sye dari jurusan ijazah kejururawatan dan berpengalaman dalam bidang nursing selama setahun..sye berminat mengisi kkosongan jawatan sebagai staff nurse dalam bidang dialisis..harap pihak tuan/puan dapat membantu atau boleh hubungi saya di 0139927716.
t.kasih

nor ashikin binti alias said...

assalam. sya nor ashikin binti alias . graduate dalam diploma in nursing dan lulus LJM. sya mempunyai pengalaman dalam dialysis . seorang yg rajin bekerja. menepati masa yg diatwtapkan. jika ad kekosongan di terengganu boleh hubungi saya 0189122708. terima kasih