Mereka
tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini, banduan
akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani hukuman
mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula makanan yang
menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling dikutuk di Amerika
Syarikat.
1. Victor Fueger
Makanan terakhir Victor Fueger
hanya sebiji buah zaitun yang diletakkan sedikit sos wain merah
bersama pinggan serta sudu dan garfu.Victor, dari Florida
disabitkan bersalah untuk kes penculikan dan pembunuhan. Dia dihukum
gantung sampai mati di Iowa Penitentiary pada tahun 1963. Lagi lapan
gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya
2. John Wayne Gacy
John Wayne Gacy memesan 12 ekor udang goreng, satu bucket ayam KFC Original Recipe dan satu paun buah strawberi.
Sebelum
disabitkan bersalah, John bekerja sebagai badut serta pernah
menguruskan tiga buah restoran KFC. Dia didapati bersalah untuk tuduhan
merogol dan 33 tuduhan membunuh. Dihukum mati melalui kaedah suntikan
beracun pada tahun 1994.
3. Timothy McVeigh
Timothy McVeigh pula tidak
memesan makanan berat, sebaliknya hanya mahukan pencuci mulut. Dia
meminta dua pain aiskrim perisa pudina dan cip coklat. McVeigh,33,
dari Illinois, telah penjarakan dan dihukum mati untuk 168 tuduhan
membunuh. Dia telah meletupkan satu trak penuh bom di hadapan Alfred P. Murrah Federal Building di Oklahoma City pada tahun 1995. Dibunuh menggunakan suntikan beracun di penjara Terra Haute pada tahun 2001.
4. Allen Lee Davis
Allen
Lee Davis pula memesan ekor udang kara, kentang goreng, udang goreng,
enam auns kerang goreng, separuh buku roti bakar bawang putih dan 32
auns root beer. Allen
didapati bersalah untuk tiga tuduhan merompak dan membunuh, serta
dihukum mati dengan kaedah kerusi elektrik pada tahun 1999.
5. Angel Nieves Diaz
Angel
Nieves Diaz pula tidak mahu makan apa-apa sebelum dihukum mati. Dia
dihukum penjara dan mati kerana menculik, membunuh dan rompakan
bersenjata. Dia menjalani hukuman mati dengan suntikan maut di Florida State Prison, Raiford pada tahun 2006.
6. Ted Bundy
Ted
Bundy tidak memesan makanan istimewa, sebaliknya hanya mahukan ‘makanan
tradisional’. Jadi pihak penjara menghidangkannya steak, telur, kentang
hash browns, roti bakar beserta mentega dan jeli, susu dan jus oren.
Ted
ialah seorang pembunuh bersiri dan didapati bersalah untuk 35 tuduhan
membunuh termasuk rogol, nekrofilia, dan melepaskan diri dari penjara.
Dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989. Kesemua mangsa
Ted adalah perempuan.
7. Ronnie Lee Gardner
Ronnie
Lee Gardner meminta ekor udang kara, steak, pai epal dan aiskrim
vanilla, malah dia dibenarkan menonton trilogi Lord of the Rings di
hari-hari terakhirnya. Ronnie
didapati bersalah untuk tuduhan memecah masuk, merompak dan bunuh. Dia
menjalani hukuman mati dengan ditembak oleh skuad penembak di Utah pada
tahun 2010.
8. Ricky Ray Rector
Ricky
Ray Rector pula mahukan ayam goreng, steak, kool-aid perisa ceri dan
pai kacang pecan. Dia tidak menghabiskan pencuci mulutnya (pai), “simpan
untuk selepas ini,” katanya. Ricky berasal dari Arkansas,
dihukum mati kerana membunuh dua orang dan menjalani hukuman suntikan
maut. Dia menyimpan pai kacangnya untuk ‘selepas ini’ kerana tidak
memahami dia akan mati. Ricky mempunyai masalah otak dan dipercayai
tidak berfikiran waras, tetapi tetap dihukum pada tahun 1992, dekat
dengan tarikh pilihanraya. Pada tahun 2002, Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat meluluskan larangan hukuman mati ke atas pesakit mental.
9. Stephen Anderson
Stephen
Anderson meminta dua sandwic keju panggang, satu pain keju, campuran
lobak dan jagung, pai buah pic dan aiskrim cip coklat. Dihukum
mati dengan suntikan maut, Stephen disabitkan bersalah atas tuduhan
rompakan, serangan dan tujuh tuduhan bunuh. Dia dihukum di San Quentin
State Prison pada tahun 2002.
No comments:
Post a Comment