Menurut Imam Al Ghazali, berdasarkan pengalamannya membuat analisa
dan mendapati jika permulaan puasa Ramadhan pada hari;-
- Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
- Isnin maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
- Khamis maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan
- Sabtu maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan
- Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
Malah ada yang menuduh sesat ramalan tersebut. Itu adalah pengalaman dan rujukkan kita yang malas ini berdasarkan yang pernah dilalui oleh Iman Al Ghazali... ker guaner? Malam sebenar Lailatulqadar tidak pernah diketahui sesiapa melainkan Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W sendiri tak pernah menyatakan malam dengan tepat, carilah dimalam terakhir 10 Ramadhan. Tidak semsestinya dimalam yang ganjil, ianya harus berlaku dimalam yang genap. Sesungguhnya Allah menyukai yang ganjil.
Sejarahnya Lailatul Qadar
Lailatul Qadar - Allah menceritakan kepada Rasulullah
kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa
menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan
(lebih kurang 83 tahun). Seorang lagi sentiasa beribadat kepada Allah selama 1000 bulan. Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu
lalu baginda rasa sedih dan berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih
sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar)."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul
Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang
menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki
Bani Israil yang berjihad dan beribadat selama 1000 bulan tersebut. Umur kita agak-agak sampai ker. Kalau sampai penuh ibadat macam mereka itu tadi? Kalau kurang macam mana? Oleh itu marilah kita sama-sama mencarinya...alaaaa 10 malam terakhir jer kerja kuat sikit berbanding banyak sibuk benda duniawi dalam setahun 365 hari? Kalau tolak untuk 10 malam jadi masih lagi banyak urusan duniawi....ker guaner kata?
Siapakah lelaki Bani Israil itu?
Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan
musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan
sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah
tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang
kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat
suaminya itu.
Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat
suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar
daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan
mudah.
Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"
Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."
Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah
mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk
mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un
diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya,
dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang
kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal
tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un
bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian
rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada
isterinya apabila ditanya.
Dari sumber lain menceritakan isterinya memujuk agar memberitahu rahsia kekuatannya. Apabila diberitahu kekuatanya pada rambut yang tak pernah dipotong. Maka ketika sedang nyenyak tidur, isterinya memotong rambutnya menyebabkan kekuatanya hilang dan mudah ditangkap.
Dari sumber lain menceritakan isterinya memujuk agar memberitahu rahsia kekuatannya. Apabila diberitahu kekuatanya pada rambut yang tak pernah dipotong. Maka ketika sedang nyenyak tidur, isterinya memotong rambutnya menyebabkan kekuatanya hilang dan mudah ditangkap.
Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut
yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri
mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut.
Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan
penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang.
Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan
bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan
untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan
tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un
melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan
menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh
menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.
[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]-Kalau tengok cerita Samson and Delilah seolah-olah orang Kristian mengambil dari cerita ini.
APA NAK BUAT KALAU TERJUMPA MALAM LAILATUL QADAR
Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم
: يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال
قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ
عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul
Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda
menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia
sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku
Nuzul Quran dan Lailatul Qadar
Nuzulul Qur’an adalah
waktu turunya Al-Qur’an yang bertepatan dengan malam yang disebut
Lailatul Qadar. Allah SWT menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surat Al-Qadr ayat 1-5. Namun begitu,
Nuzul Qur'an sering diperingati pada malam 17 Ramadhan, sementara umum
diketahui bahwa malam Lailatul Qadar jatuh pada sepertiga malam yang
terakhir bulan Ramadhan. Mengapakah ianya berbeza? Allah SWT berfirman,
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Sesungguhnya kami telah
menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah
malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin
Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan
sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadr 1-5).
Para
ulama berbeda pendapat tentang dlamir “hu” atau kata ganti yang merujuk
kepada Al-Qur’an dalam ayat pertama. Apakah Al-Qur’an yang dimaksud
dalam ayat itu adalah keseluruhannya, artinya Allah SWT menurunkan
Al-Qur’an sekaligus dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah (langit dunia)
pada malam Lailatul Qadar, ataukah sebagiannya, yaitu bahwa Allah SWT
menurunkan pertama kali Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW, yaitu surat
Al-‘Alaq Ayat 1-5 pada malam Lailatul Qadar?
Dalam sebuah riwayat disebutkan,
Ibnu Abbas R.A menjelaskan bahwa Al-Qur’an yang diturunkan pada Lailatul
Qadar keseluruhnya; baru kemudian secara berangsur diturunkan kepada
Nabi Muhammad SAW. (HR. Ath-Thabrani).
Sementara itu Nuzul Qur’an
sering diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, dengan mengadakan pengajian
atau tabligh akbar, dan bukan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini
didasarkan pada pendapat yang menyatakan bahwa pada tanggal tersebut
Rasulullah SAW pada umur 41 tahun mendapatkan wahyu pertama kali. Yaitu
surat Al-‘alaq ayat 1-5 ketika beliau berkhalwat di gua
Hira, Jabal Nur, kurang lebih 6 km dari Mekkah.
Nuzulul Qur’an yang diperingati
oleh umat Islam dimaksudkan itu adalah sebagai peringatan turunnya ayat
Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW yakni ayat 1-5 Surat Al-Alaq.
اقْرَأْ
بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ
وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ. عَلَّمَ الْإِنسَانَ
مَا لَمْ يَعْلَمْ
Bacalah dengan (menyebut) nama
Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal
darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar
(manusia) dengan perantaran kalam Dia mengajar kepada manusia apa yang
tidak diketahuinya.
Adapun Lailatul Qadar merujuk
kepada malam diturunkannya Al-Qur’an dari Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah
atau langit dunia. Dikisahkan bahwa pada malam itu langit menjadi
bersih, tidak nampak awan sedikitpun, suasana tenang dan sunyi, tidak
dingin dan tidak panas. Pagi keesokkanya cahaya matahari kelam putih kerana dilindungi oleh jisim-jisim para malaikat kembali kelangit. WaAllah hu aqlam.
No comments:
Post a Comment