Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Sunday, September 16, 2012

Makluman

Assalamualaikum

Kelmarin saya dapat makluman dari senior kita M Ropi bahawa cikgu Ariffin BJusoh kena angin ahmar. Hari ini saya pergi menziarahinya dan keadaan sangat uzur. Kalau kawan-kawan masih ingat beliau adalah guru BM dan lukisan kita pada masa dahulu. Beliau pencen awal semasa mengajar diSekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal. Semasa saya sampai beliau sedang berehat diatas kerusi roda diluar rumahnya (dikenali rumah murah dulu-dulu tapi kini dah banyak ubah suai) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir.

Saya memberi salam dan beliau terus menghulur tangan lantas menyambut dan mencium secara spontan. Tanpa sedari mataku tergenang air mata. Beliau telah beberapa tahun kena angin ahmar, tak boleh bercakap tapi boleh melihat, mendengar dan ketawa/senyum. Beliau hanya minum susu sahaja melalui saluran/wayar. Kini pihak hospital ada datang membuat terapi setiap dua minggu selain hari-hari oleh ahli keluarganya. Usia beliau kira-kira 64 tahun.

Wajahnya ceria apabila saya memperkenalkan diri dan memberitahu adalah anak didiknya lebih 30 tahun lalu. Saya terus bercerita bahawa dengan tunjuk ajarnya saya masih melukis sekali sekala dan pencapaian dalam lukisan semasa SRP dan SPM adalah A2, BM A1. Walau pun dalam kelas sains tetapi lukisan tetap pilihan saya, buang matematik tambahan kerana yakin dapat score dan malas nak membaca. Lagi pun matematik tambahan yang mahir pada masa itu adalah janjang geometri jer. Lebih kurang setengah jam saya meminta izin mengundur diri sampai bersalam dan mengucapkan 'JASA CIKGU TETAP DIKENANGKAN'. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau kembali sihat. Amin

Kepada kawan-kawan yang ada kelapangan atau kebetulan lalu kesana jalan ke Teluk Ketapang dari selekoh kampung Telaga Daing selepas kedai air buah gelas besar. Depan rumahnya tepi pagar ada warung menjual ABC, keropok goreng oleh anaknya pergilah menziarahinya. Saya terlupa nak berfoto dengannya. Kalau sesiapa tahu alamatnya boleh masukkan kat komen dibawah ini. Saya pergi pun tanya M Lazin setelah dapat gambaran kebetulan tanya anaknya yang sedang menjual didepan rumahnya.

No comments: