Sunday, February 24, 2013
East Meet West
Pada 20hb Feb 2013 kebetulan berada di Shah Alam menjalankan kerja di Foxboro Bukit Jelutong. Tuan Hj Azami datang setelah beliau mengetahui saya berada disana dan menjamu selera nasi padang di Seksyen 7 Shah Alam berhampiran stesyen minyak Petronas disitu. Tengok pinggang tu abih licing. Beliau kini menjalankan perniagaan sebagai jururunding di Gombak dan tinggal di Puchong. Gembira berjumpa kawan lama.
Monday, February 11, 2013
REUNION 2013
ASSALAAMUALAIKUM dan SALAM
SEJAHTERA
SAYA ZULKAFLI ABD RAZAK SELAKU PENGERUSI MEMINTA
PENDAPAT SEMUA AJK, BENDAHARI DAN JUGA KAWAN-KAWAN SEMUA UNTUK REUNION GENG SIF
MASUK SEKOLAH TAHUN 1976 DARI SEMUA ALIRAN HINGGA TAHUN
1980.
REUNION KALI INI MUSIM TUTUP SEKOLAH? Masih dalam planning.
Ini adalah agar lebih ramai dapat hadir kali ini
memandangkan usia kita telah memasuki Jubli Emas kalau kereta BMW 5 Series kita ni....entah akan berjumpa atau tidak
lagi. Majoriti tarikh adalah dari anda semua. Setelah saya menerima balasan
email, sms, whassap, viber, tango, call dll. Ini email zack.rac@gmail.com dan no tel
013-9709028
Tolong dapatkan nombor telefon, alamat, email
kawan-kawan tahun bersama kita masuk SIF 1976-1980 dan beritahu pada saya untuk dikemaskinikan. Beritahu kawan-kawan
yang tiada email.
Perjumpaan kali ini di sekitar Kuala Terengganu atau di SIF, yang penting kita
bersua
eratkan SILATURAHIM.
Marilah sama-sama kita menjayakan. BERSAMA BAGAIKAN SATU / TOGETHER AS ONE.
Sekian wassalam.
Friday, February 1, 2013
SIF 29 Jan 2013
Laluan ke Asrama depan KOPERASI. Sebelah kiri bangunan tempat ReUnion kali ke 2 dulu dan lain-lain baanguna baru.
Bangunan kelas Perdagangan, Perpustakaan dihujung sekali dan makmal ditingkat bawah. Dulu pada tahun 1976-1978. Kini dikenali Bangunan/Blok Za'ba.
Blok Za'ba rasanya dulu blok D.
Bangunan baru dibina semasa kita masih di tingkatan 2 pada tahun 1977.
KOPERASI masih ditempat yang sama.
Kantin telah ditukar menjadi Pusat Ilmu (Perpustakaan?)
Tingkat atas depan/hujung padang ialah Pejabat Sekolah dan bilik Guru Besar Cikgu Aziz dan juga tempat kita mendapatkan keputusan peperiksaan SRP dan SPM.
Panorama view padang perhimpunan, bangunan bilik guru. Bilik hujung kiri ialah bilik guru Biasiswa Kecil Persekutuan $15.00 sebulan. Masa tu yang pegang buku Bank Rakyat ialah Cikgu Azizan, M. Amin dan Cikgu Muslam. Nak ambik buku bank kena tulis dalam buku 555 nak beli apa dan berapa harganya. Penuh nostalgia dapat penampar pasal tulis $15 ambil $30. Buku rujukkan masa tu popular Adabi bukan rempah Adabi bukan maktab Adabi, Preston, Fajar Bakti.
Kedai ini dihadapan pintu masuk utama dahulu dan tempat beli akhbar, ABC dll.
Pintu masuk baru tersegam kedai runcit baru.
Pintu masuk mungkin bukan lagi pintu utama.
Pengawal-dah minta kebenaran nak masuk ambil foto.
Simpang Kampung Bukit Tok Beng dari SIF ke Banggol Pauh, K Terengganu dan kanan ke Kampung Duyung, Telaga Batin.
Bangunan bilik guru dulu-dulu. Kini?
Tempat letak basikal masih ditempat sama 33 tahun dulu. Basikal aku selalu kena curi lampunya.
Bangunan baru ditapak Kebun Kelas Pertanian dulu-dulu. Adakah ini laluan masuk utama sekarang?
Bangunan kelas aliran Sain dan Sastera zaman kita dulu. Kelas bisu kat hujung tingkat bawah. Kelas Sastera dan aliran Perdangan atau Seni Perusahaan bangunan sebelah kiri tu. SILA KOMEN DAN SHARE PENGALAMAN ANDA SEMUA.
Labels:
zar-chairman
Subscribe to:
Posts (Atom)