Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Friday, February 1, 2013

SIF 29 Jan 2013

zar
Laluan ke Asrama depan KOPERASI. Sebelah kiri bangunan tempat ReUnion kali ke 2 dulu dan lain-lain baanguna baru. 
Bangunan kelas Perdagangan, Perpustakaan dihujung sekali dan makmal ditingkat bawah. Dulu pada tahun 1976-1978. Kini dikenali Bangunan/Blok Za'ba. 
Blok Za'ba rasanya dulu blok D. 
 Bangunan baru dibina semasa kita masih di tingkatan 2 pada tahun 1977.
 KOPERASI masih ditempat yang sama.
 Kantin telah ditukar menjadi Pusat Ilmu (Perpustakaan?)
 Tingkat atas depan/hujung padang ialah Pejabat Sekolah dan bilik Guru Besar Cikgu Aziz dan juga tempat kita mendapatkan keputusan peperiksaan SRP dan SPM.
 Panorama view padang perhimpunan, bangunan bilik guru. Bilik hujung kiri ialah bilik guru Biasiswa Kecil Persekutuan $15.00 sebulan. Masa tu yang pegang buku Bank Rakyat ialah Cikgu Azizan, M. Amin dan Cikgu Muslam. Nak ambik buku bank kena tulis dalam buku 555 nak beli apa dan berapa harganya. Penuh nostalgia dapat penampar pasal tulis $15 ambil $30. Buku rujukkan masa tu popular Adabi bukan rempah Adabi bukan maktab Adabi, Preston, Fajar Bakti.
 Kedai ini dihadapan pintu masuk utama dahulu dan tempat beli akhbar, ABC dll.
 Pintu masuk baru tersegam kedai runcit baru. 
 
 Pintu masuk mungkin bukan lagi pintu utama.
 Pengawal-dah minta kebenaran nak masuk ambil foto.
 Simpang Kampung Bukit Tok Beng dari SIF ke Banggol Pauh, K Terengganu dan kanan ke Kampung Duyung, Telaga Batin.
 Bangunan bilik guru dulu-dulu. Kini?

 Tempat letak basikal masih ditempat sama 33 tahun dulu. Basikal aku selalu kena curi lampunya.
 Bangunan baru ditapak Kebun Kelas Pertanian dulu-dulu. Adakah ini laluan masuk utama sekarang? 

Bangunan kelas aliran Sain dan Sastera zaman kita dulu. Kelas bisu kat hujung tingkat bawah. Kelas Sastera dan aliran Perdangan atau Seni Perusahaan bangunan sebelah kiri tu. SILA KOMEN DAN SHARE PENGALAMAN ANDA SEMUA.


2 comments:

Anonymous said...

Gambar last sekali_ Kelas kita tahun
1980

D BAJET HOMESTAY AND TRAVEL said...