Sunday, January 31, 2010
JUNIOR MEET SENIOR
Tuesday, January 26, 2010
PUSAT HOMEODIALISIS
Salam dan selamat sejahtera semua.
Saya menjadi SU Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu (PPBPT) semenjak 2000 (bermula penubuhan).
Sept 2004 - Feb 2005 : PPBPT mula mempunyai pusat dialisis sendiri dengan menyewa rumah kecil berdekatan hospital. Hanya sebuah mesin hemodialisis dan beberapa alatan lain daripada sumbangan tabung darul iman RM40K dan Maidam RM30K. Nama : Pusat Dialisis Darul Iman. Jumlah pesakit : 2 orang
Mac 2005 - Ogos 2007 : EPIC memberikan sumbangan RM250K.Tambah mesin hemodialisis jadi 5 buah, sebuah Reverse Osmosis dan lain alat. pesakit 18 orang. Nama: Pusat Dialisis EPIC, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar.
September 2007 - Sekarang : Yayasan Kebajikan Negara (YKN) ajak usahasama. Pindah ke bangunan MBKT Jalan Hiliran. Ada 11 mesin hemodialisis dan 38 pesakit. 28 orang pesakit dibayar oleh JPA dan jabatan kerajaan dengan caj RM 200 sekali rawatan, 3 kali seminggu. 6 pesakit tidak mampu ditanggung oleh YKN dan 4 orang oleh persatuan. Nama : YKN Dialisis
Kini tempat yang ada padat dengan pesakit. Kami bercadang untuk pindah. PPBPT ingin bergerak sendiri dengan mempunyai tanah dan bangunan sendiri yang boleh menampung sekurangnya 20 mesin. dah pohon tanah kerajaan di Kubang Buyung 1/3 ekar, tak tahu dapat atau tidak.
Bermula 2 minggu lepas kami membuka sebuah lagi pusat hemodialisis di Dungun, Kali ini dengan kerjasama Maidam di bangunan Maidam, Pak Sabah. Sekarang ada 4 mesin (boleh muat 7 mesin) . Terdapat baru 9 orang pesakit. Nama : Pusat Dialisis Maidam
Di Terengganu dalam setahun tidak kurang terdapat 140 orang pesakit baru. HSNZ hanya dapat menampung seramai 114 orang pesakit, H Kemaman 60 pesakit, H Dungun 60 , H Besut 60 dan H Hulu 40.
Pesakit lain perlu ke pusat dialisis yang ada : YKN Dialisis, NKF, Islah, Nurain, KayTee, Nabila (Kemaman), Maidam(Dungun), Teraktif (Besut). Jika tidak kena masuk wad setiap 2 minggu dan buat sedikit pembedahan perut untuk buang racun dalam tubuh.
Saya mengalu-alukan teman2 untuk membantu usaha yang kami dalam persatuan lakukan bagi membantu memberikan rawatan kepada pesakit.
Cek/poster order boleh buat atas nama: PERSATUAN PESAKIT BUAH PINGGANG TERENGGANU
Alamat : Persatuan Pesakit Buah Pinggang Terengganu. No. 1A Tingkat Bawah Wisma MBKT, Jalan Hiliran, 20300 Kuala Terengganu.
Tel : 09-6252308 , Faks : 09-6252307 H/S Rafi : 019-9817368
Dikecualikan cukai pendapatan dibawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967
( Ruj : LHDN 01/35/42/51/179-6.5464), Warta Kerajaan : 14369
(Saya boleh dicari di Unit Nefrologi, HSNZ).
Sekian,terima kasih.

Tuesday, January 19, 2010
Tuesday, January 12, 2010
SOLAT GERHANA - ESCLIPSE PRAY 15/1/10 1500hrs
Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Istilah arabnya Solat Sunat Kusuf bermakna terlindung samada gerhana bulan atau matahari.Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang amat dituntut atau digalakkan melakukannya. Boleh dilakukan di waktu tahrim.
Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.
Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا
Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Cara Solat Sunat Gerhana
Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah.Solat Gerhana yang terakmal (terbaik)dilakukan 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari ;
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
ii.Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan ;
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1. Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I'tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I'tidal.
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir
9. Salam
Thursday, December 24, 2009
TIPS...HANDSET FALL IN THE WATER

Apa yang anda lakukan segera mencabut bateri itu sebabnya telefon bimbit anda tidak berfungsi setelah terjatuh didalam air kerana anda cuba ON tanpa membiarkannya kering dan menyebabkan litar pintas. KINI anda kena bersabar, CARANYA HANYA letakkan/tanam telefon bimbit anda dalam bekas mengandungi beras! gila ker tapi ianya berfungsi!!! kerana beras menyerap kelembapan....biarkan 2-3 hari tanpa ON kemudian letakkan diatas tempat suam seperti diatas televisyen. Apa saja JANGAN PERIKSA (cabut bateri @ ON) UNTUK MELIHAT IANYA BERFUNGSI. Tunggu sekurang-kurangnya 2.5 hari... SELAMAT BERJAYA-Malay
Whatever you do is immediately you remove the battery the reason that why your phone stop working after its in the water because you try turn ON again without letting it dry and the battery shorts the phone. NOW you should patient, the ONLY WAY you put your phone in a bag of rice! sound is crazy but it work!!! because the rice absorb all the moisture....let it 2-3 days without turn phone ON then try to leave it on something warm like on the TV. What ever you do DO NOT CHECK (remove battery @ turn ON) TO SEE IF IT WORKS. Wait at least 2.5 days full...GOOD LUCK-English
Wednesday, December 16, 2009
DOA AKHIR & AWAL TAHUN
2x klik untuk besarkan doa atau foto-foto yang ada agar lebih jelas.
BACA 3X SELEPAS ASAR @ SEBELUM MAGHRIB AKHIR ZULHIJJAH. Sesiapa membaca doa ini syaitan berkatra,'Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaan ku menggoda anak adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Maknanya Allah ampunkan dosanya setahun. Amin.
DOA AWAL TAHUN DIBACA 3X SELEPAS MAGHRIB DAN PADA MALAM 1 MUHARRAM. Sesiapa membaca doa ini syaitan berkata, 'Telah amanlah anak adam ini daripada godaan pada tahun inikerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada syaitan'. Amin

Thursday, November 26, 2009
MENGURANG ANGIN DALAM BADAN
Mengurut, sapu minyak, teh halia, kopi tongkat ali dan macam-macam lagi. Ini adalah petua dari sumber kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib k.w bermaksud, " Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya dan kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap".
Epal berkhasiat untuk membuang angin dalam badan. Apa yang perlu dilakukan ialah menghidunya atau menciumnya dahulu sebelum memakannya. Itulah petua diajar oleh Saidina Ali Karamah hu wajhah. Buah-buahan lain macamana? Rasanya boleh juga agaknya. Wallahuaqlam.

Monday, November 9, 2009
BERSUA SETELAH 25 TAHUN
Subscribe to:
Posts (Atom)