Wednesday, December 19, 2012
KEPUTUSAN PMR 2012 HARI INI
TAHNIAH kepada anak-anak yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya anda ada lagi masa. Teruskan, ini bukannya bermakna anda kalah. USAHA LEBIH LAGI.
Tuesday, December 11, 2012
ADONI DAN KELUARGA KEMALANGAN
Assalaamaualaikum
Rakan kita Hjh Puan Adoni binti Daud dan keluarga terlibat kemalangan dua minggu lepas. Kini Puan Hjh. Adoni telah keluar dari ICU dan telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Terengganu. Suaminya juga ditempatkan di hospital Kuala Terengganu. Sesiapa ada kelapangan boleh menziarahi mereka Wad Bunga Raya Tingkat 7 agar meringankan dan mendoakan mereka cepat sembuh dan keluar dari hospital. Sekian Terima Kasih.

Sunday, September 16, 2012
Makluman
Assalamualaikum
Kelmarin saya dapat makluman dari senior kita M Ropi bahawa cikgu Ariffin BJusoh kena angin ahmar. Hari ini saya pergi menziarahinya dan keadaan sangat uzur. Kalau kawan-kawan masih ingat beliau adalah guru BM dan lukisan kita pada masa dahulu. Beliau pencen awal semasa mengajar diSekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal. Semasa saya sampai beliau sedang berehat diatas kerusi roda diluar rumahnya (dikenali rumah murah dulu-dulu tapi kini dah banyak ubah suai) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir.
Saya memberi salam dan beliau terus menghulur tangan lantas menyambut dan mencium secara spontan. Tanpa sedari mataku tergenang air mata. Beliau telah beberapa tahun kena angin ahmar, tak boleh bercakap tapi boleh melihat, mendengar dan ketawa/senyum. Beliau hanya minum susu sahaja melalui saluran/wayar. Kini pihak hospital ada datang membuat terapi setiap dua minggu selain hari-hari oleh ahli keluarganya. Usia beliau kira-kira 64 tahun.
Wajahnya ceria apabila saya memperkenalkan diri dan memberitahu adalah anak didiknya lebih 30 tahun lalu. Saya terus bercerita bahawa dengan tunjuk ajarnya saya masih melukis sekali sekala dan pencapaian dalam lukisan semasa SRP dan SPM adalah A2, BM A1. Walau pun dalam kelas sains tetapi lukisan tetap pilihan saya, buang matematik tambahan kerana yakin dapat score dan malas nak membaca. Lagi pun matematik tambahan yang mahir pada masa itu adalah janjang geometri jer. Lebih kurang setengah jam saya meminta izin mengundur diri sampai bersalam dan mengucapkan 'JASA CIKGU TETAP DIKENANGKAN'. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau kembali sihat. Amin
Kepada kawan-kawan yang ada kelapangan atau kebetulan lalu kesana jalan ke Teluk Ketapang dari selekoh kampung Telaga Daing selepas kedai air buah gelas besar. Depan rumahnya tepi pagar ada warung menjual ABC, keropok goreng oleh anaknya pergilah menziarahinya. Saya terlupa nak berfoto dengannya. Kalau sesiapa tahu alamatnya boleh masukkan kat komen dibawah ini. Saya pergi pun tanya M Lazin setelah dapat gambaran kebetulan tanya anaknya yang sedang menjual didepan rumahnya.

Monday, September 10, 2012
Kisah Bendera-Bersaudarakah kita?
Diambil dari email Roslan Mohd Chainz_of_Frenz@yahoogroups.com setakat mana kebenarannya saya tidak tahu.
[Dr. Hafidzi, 2011] Jalur merah dan putih boleh dikesan sejak zaman Empayar Majapahit (kurun ke 7 hingga 14M. Bahkan Sri Vijaya juga dikesan menggunakan bendera yang berwarna merah dan putih tetapi dalam bentuk matahari terbit (macam bendera Imperial Japan - bendera Jepun zaman Perang).
Dan ada juga sumber yang menunjukkan bendera Sri Vijaya ada lambang Swastika (Hindu) dan Ying Yang (Buddha) - Wallahu a'lam.
Apabila Islam menjadi anutan dan kerajaan Majapahit diwarisi oleh Kerajaan Islam Demak, warna putih dan merah itu kekal tetapi diberi tafsiran Islami (oleh Prof Ahmad Mansur Suryanegara) yang mengaitkannya dengan perang khandak dan cahaya putih dan merah yang terpancar apabila batu besar yang diketuk oleh Nabi SAW menggambarkan istana merah (Kisra) dan istana puteh (Kaisar).

Tuesday, September 4, 2012
AL-FATIHAH
ASSALAAMUALAIKUM.
Flashback-Arwah Pok Ya (dalam bulatan) pada 24 Sept 2009
Flashback 0n 24/9/2009
DIMAKLUMKAN RAKAN SEPERJUANGAN SEKOLAH SIF DULU KELAS SAINS ZAKARIA B MOHAHAMAD (YA BLACK) TELAH KERAHMATULLAH DIHOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU SEBENTAR TADI SEKITAR JAM 11PAGI KERANA SAKIT BUAH PINGGANG. BELIAU TELAH DIMASUKK 2 HARI LEPAS. SESIAPA ADA KELAPANGAN BOLEH MENZIARAHINYA DI 4522 KG. TANJUNG BUNUT, MANIR, 21200 K.TRG. TEL 09-6152633/019-9840191. (SELEKOH KG. TANJUNG BUNUT, RUMAHNYA TEPI KUBUR).
Dikebumikan selepas solat asar di tanah perkuburan sebelah rumahnya.
Jenazah arwah baru sampai dari hospital
Dari kiri Wahab Said dan Azman Yahya
Rumah arwah
Nostalgia. Arwah (dalam bulatan) semasa di tingkatan 4 pada 12 Jul1979 di SIF belakang bangunan menghadap padang tepi pagar pokok zaitun.
Beliau adalah salah seorang AJK reunion dan semasa hayatnya banyak membantu dalam menjayakan pertemuan, mesyuarat dan juga dari segi kewangan. Saya pernah berjumpanya setahun lepas dan selepas itu pernah juga menelefonnya. Dalam perbualan dia menyatakan ada sakit-sakit sikit sejak kemalangan dari KL dimana kereta BMW terbabas akibat jalan licin dan laju katanya, ketika itu dia bersama anaknya. Apa yasng terkilan beberapa kali juga dia menelefon saya bertanyakan bila nak buat reunion lagi, saya katakan tahun depan. Untuk dua tahun lepas dan kini saya juga tak ada masa. Ada sesiapa yang start tahun depan disilakan. Apa citer komen ajk-ajk senyap dan sepi ni?
Saturday, August 25, 2012
Sunday, August 12, 2012
UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN
Assalaamualaikum
HJ MOHAMAD BIN A. GHANI & HJH ADONI BINTI DAUD
dengan segala hormatnya menjemput RAKAN-RAKAN seperjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Takir/Sekolah Ibrahim Fikri pada tahun 1976-1980 serta keluarga ke majlis perkahwinan puteri kami
Nurun Nadia binti Mohamad
dengan pasangannya
Ahmad Asraf Asyari bin Maruzuki
pada hari Jumaat, 24hb Ogos 2012 bersamaan 6 Syawwal 1433 Hijrah
beralamat di Lot 9427, Jln. Surau Hj. Yaacob, Kg. Mak Kemas, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Semuga dengan kehadiran Dato',/Tuan/Puan/Encik/Cik akan menyerikan lagi majlis dan mudah-mudahan InsyaAllah akan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih.
Wassalam-Hjh Adoni binti Daud
Friday, August 10, 2012
Kerana Cerdik...Dia Dibunuh
Lahir sekitar 500 sebelum masihi di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan Matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.
Tokoh-tokoh di bawah adalah insan genius, tapi malang kebijaksanaan itu dipandang songsang oleh segelintir manusia yang singkat akalnya. Hanya kerana idea-idea baru mereka bercanggahan dengan pemikiran ortodok pada zaman tersebut,cendekiawan-cendekiawan itu difitnahkan sebagai sesat, merosakkan akal fikiran anak-anak muda dan mengancam keselamatan manusia. Akibatnya, mereka dikeji, hidup merana, dibuang negeri,dipenjara dan dihukum mati. Siapakah cendekiawan-cendekiawan itu? Antaranya........
1) ANAXAGORAS:
Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.
Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan anaxagoras supaya menarik baik idea-idea tersebut. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu juga diserang bagi ke lemahkan semangat anaxagoras.
Akhirnya, anaxagoras ditangkap kemudian dihalau keluar dari athens. Beliau mati pada 428SM di Lampsacus.
2) PROTAGORAS (490-420 SM);
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori relatifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya.pandangan subjektif itu masih masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu untuk menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.
Protagoras lalu ditangkap dan dibicarakan di Athens atas dakwaan sesat. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.
Pertelagahan semakin hangat apabila Hypatia menulis dalam bukunya, "semua agama dogma yang ada di dunia ini adalah salah dan bohong, ia tidak sepatutnya diterima oleh manusia yang berakal waras dan punya harga diri".
Ketika perselisihan pendapat itu semakin tegang, Hypatia mengajak orang ramai mempertahankan hak mereka untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Gereja melihat suaranya itu sebagai menggalakkan lagi masyarakat menolak Kristian.
Suatu hari, sekumpulan paderi Kristian menangkap Hypatia. Wanita itu dipukul kemudian diheret ke gereja, lalu kulit dan dagingnya disiat-siat dengan batu tajam. Beberapa orang lagi mengelar-ngelar badan Hypatia dengan kulit tiram tanpa menghiraukan jeritan dan tangisannya. Darah membasahi perkarangan gereja, cebisan daging bertaburan di merata tempat. Mayat Hypatia kemudian dihumban ke dalam api diiringi sorakan dan tepukan.
3) COPERNICUS (1473 - 1543)
Lahir di Poland,Copernicus sebenarnya ahli matematik. Namun hobinya memerhatikan cakerawala semasa menjadi pendaftar hukum-hukum gereja di Frauenberg menyebabkan beliau terkenal dalam bidang astronomi moden.
Hasil pemerhatiannya, Copernicus memulakan idea matahari adalah pusat cakerawala,bukannya bumi seperti yang dipercayai oleh manusia sejak sekian lama. Kata Copernicus, bumi ini berpusing dan pusingan itu lengkap dalam tempoh sehari.ndalam masa yang sama bumi beredar mengelilingi matahari dan pusingan itu lengkap dalam masa setahun. Bulan pula berpusing mengelilingi bumi.
Pihak gereja terus melenting kerana mereka berpegang kepada ekori Ptolemic iaitu bumilah yang menjadi pusat cakerawala dan alam maya ini dibungkus oleh satu lapisan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.Menyedari ideanya yang melawan tradisi, Copernicus enggan menerbitkan buah fikirannya itu. Copernicus tahu, kalau idea itu diterbitkan,dia pasti mendapat bala. Hanya ketika usianya sudah renta, barulah anak murid beliau, George Rheticus berjaya memujuk Copernicus menerima salinan pertama buku tersebut hanya beberapa jam sebelum meninggal dunia.
4) GIORDANO BRUNO (1548 - 1600)
Saintis Itali ini bertanggungjawab mengetengahkan idea Copernicus bahawa alam semesta ini tiada batas sempadan dan terdapat alam-alam lain yang dihuni oleh makhluk selain manusia. Dia mengembara ke seluruh Eropah, tapi bukan saja ditertawakan, malah dianggap sesat dan anti-Kristian.
Selepas 15 tahun mengembara, Bruno kembali ke negaranya. Sampai di Venice, seorang pemuda bernama Mocegino mengajak Bruno tinggal di rumahnya. Rupa-rupanya ia satu perangkap! Bruno ditangkap lalu dihadapkan ke pengadilan. Sejak 1593 hingga 1600, Bruno dikurung di Penjara Papal, Rome. Selama lapan tahun itu pihak gereja memaksa Bruno menarik balik idea-ideanya yang bercanggahan dengan dogma Kristian.
Biarpun dipaksa san berkali-kali di beri peluang, Bruno tetap enggan. Sebagai hukuman dia disalib, seterusnya dibakar hidup-hidup. Semasa perbicaraan Bruno ada berkata, " mungkin kamu, Yang Arif, mengumumkan keputusan ini dengan perasaan takut, melebihi ketakutan yang sepatutnya dialami oleh orang yang menerimanya".
5) GALILEO (1564 - 1642)
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utara dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop. Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi Jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakerawala, bukannya bumi. Juga, bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.
Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap dan dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan. "engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau menandatangani dokumen ini!!" kata seorang pegawai gereja.
Galileo yang ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun hingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk di kebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan pihak gereja.
Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya itu dibongkar dari sebuah perkuburan di Florence lalu di kebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, iaitu 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan-golongan agama terhadap Galileo."kes Galileo sudah berakhir",kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana dia mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari!
Subscribe to:
Posts (Atom)