Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Wednesday, December 19, 2012

KEPUTUSAN PMR 2012 HARI INI

TAHNIAH kepada anak-anak yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya anda ada lagi masa. Teruskan, ini bukannya bermakna anda kalah. USAHA LEBIH LAGI.

Tuesday, December 11, 2012

ADONI DAN KELUARGA KEMALANGAN

Assalaamaualaikum
Rakan kita Hjh Puan Adoni binti Daud dan keluarga terlibat kemalangan dua minggu lepas. Kini Puan Hjh. Adoni telah keluar dari ICU dan telah dihantar ke Hospital Besar Kuala Terengganu. Suaminya juga ditempatkan di hospital Kuala Terengganu. Sesiapa ada kelapangan boleh menziarahi mereka Wad Bunga Raya Tingkat 7 agar meringankan dan mendoakan mereka cepat sembuh dan keluar dari hospital. Sekian Terima Kasih.

Sunday, September 16, 2012

Makluman

Assalamualaikum

Kelmarin saya dapat makluman dari senior kita M Ropi bahawa cikgu Ariffin BJusoh kena angin ahmar. Hari ini saya pergi menziarahinya dan keadaan sangat uzur. Kalau kawan-kawan masih ingat beliau adalah guru BM dan lukisan kita pada masa dahulu. Beliau pencen awal semasa mengajar diSekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal. Semasa saya sampai beliau sedang berehat diatas kerusi roda diluar rumahnya (dikenali rumah murah dulu-dulu tapi kini dah banyak ubah suai) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir.

Saya memberi salam dan beliau terus menghulur tangan lantas menyambut dan mencium secara spontan. Tanpa sedari mataku tergenang air mata. Beliau telah beberapa tahun kena angin ahmar, tak boleh bercakap tapi boleh melihat, mendengar dan ketawa/senyum. Beliau hanya minum susu sahaja melalui saluran/wayar. Kini pihak hospital ada datang membuat terapi setiap dua minggu selain hari-hari oleh ahli keluarganya. Usia beliau kira-kira 64 tahun.

Wajahnya ceria apabila saya memperkenalkan diri dan memberitahu adalah anak didiknya lebih 30 tahun lalu. Saya terus bercerita bahawa dengan tunjuk ajarnya saya masih melukis sekali sekala dan pencapaian dalam lukisan semasa SRP dan SPM adalah A2, BM A1. Walau pun dalam kelas sains tetapi lukisan tetap pilihan saya, buang matematik tambahan kerana yakin dapat score dan malas nak membaca. Lagi pun matematik tambahan yang mahir pada masa itu adalah janjang geometri jer. Lebih kurang setengah jam saya meminta izin mengundur diri sampai bersalam dan mengucapkan 'JASA CIKGU TETAP DIKENANGKAN'. Marilah kita sama-sama doakan agar beliau kembali sihat. Amin

Kepada kawan-kawan yang ada kelapangan atau kebetulan lalu kesana jalan ke Teluk Ketapang dari selekoh kampung Telaga Daing selepas kedai air buah gelas besar. Depan rumahnya tepi pagar ada warung menjual ABC, keropok goreng oleh anaknya pergilah menziarahinya. Saya terlupa nak berfoto dengannya. Kalau sesiapa tahu alamatnya boleh masukkan kat komen dibawah ini. Saya pergi pun tanya M Lazin setelah dapat gambaran kebetulan tanya anaknya yang sedang menjual didepan rumahnya.

Monday, September 10, 2012

Kisah Bendera-Bersaudarakah kita?

Diambil dari email Roslan Mohd Chainz_of_Frenz@yahoogroups.com setakat mana kebenarannya saya tidak tahu.


[Dr. Hafidzi, 2011] Jalur merah dan putih boleh dikesan sejak zaman Empayar Majapahit (kurun ke 7 hingga 14M. Bahkan Sri Vijaya juga dikesan menggunakan bendera yang berwarna merah dan putih tetapi dalam bentuk matahari terbit (macam bendera Imperial Japan - bendera Jepun zaman Perang).

Dan ada juga sumber yang menunjukkan bendera Sri Vijaya ada lambang Swastika (Hindu) dan Ying Yang (Buddha) - Wallahu a'lam.

Apabila Islam menjadi anutan dan kerajaan Majapahit diwarisi oleh Kerajaan Islam Demak, warna putih dan merah itu kekal tetapi diberi tafsiran Islami (oleh Prof Ahmad Mansur Suryanegara) yang mengaitkannya dengan perang khandak dan cahaya putih dan merah yang terpancar apabila batu besar yang diketuk oleh Nabi SAW menggambarkan istana merah (Kisra) dan istana puteh (Kaisar).

Tuesday, September 4, 2012

AL-FATIHAH

ASSALAAMUALAIKUM.
 Flashback-Arwah Pok Ya (dalam bulatan) pada 24 Sept 2009
Flashback 0n 24/9/2009
DIMAKLUMKAN RAKAN SEPERJUANGAN SEKOLAH SIF DULU KELAS SAINS ZAKARIA B MOHAHAMAD (YA BLACK) TELAH KERAHMATULLAH DIHOSPITAL BESAR KUALA TERENGGANU SEBENTAR TADI SEKITAR JAM 11PAGI KERANA SAKIT BUAH PINGGANG. BELIAU TELAH DIMASUKK 2 HARI LEPAS. SESIAPA ADA KELAPANGAN BOLEH MENZIARAHINYA DI 4522 KG. TANJUNG BUNUT, MANIR, 21200 K.TRG. TEL 09-6152633/019-9840191. (SELEKOH KG. TANJUNG BUNUT, RUMAHNYA TEPI KUBUR).

Dikebumikan selepas solat asar di tanah perkuburan sebelah rumahnya.
AL-FATIHAH sedekahkan kepada rohnya. Semua Allah mengampuni dosa-dosanya dan ditempatkan bersama para solihin. Amin
 Jenazah arwah baru sampai dari hospital
 Dari kiri Wahab Said dan Azman Yahya
Rumah arwah
Nostalgia. Arwah (dalam bulatan) semasa di tingkatan 4 pada 12 Jul1979 di SIF belakang bangunan menghadap padang tepi pagar pokok zaitun.
Beliau adalah salah seorang AJK reunion dan semasa hayatnya banyak membantu dalam menjayakan pertemuan, mesyuarat dan juga dari segi kewangan. Saya pernah berjumpanya setahun lepas dan selepas itu pernah juga menelefonnya. Dalam perbualan dia menyatakan ada sakit-sakit sikit sejak kemalangan dari KL dimana kereta BMW terbabas akibat jalan licin dan laju katanya, ketika itu dia bersama anaknya. Apa yasng terkilan beberapa kali juga dia menelefon saya bertanyakan bila nak buat reunion lagi, saya katakan tahun depan. Untuk dua tahun lepas dan kini saya juga tak ada masa. Ada sesiapa yang start tahun depan disilakan. Apa citer komen ajk-ajk senyap dan sepi ni?

Saturday, August 25, 2012

Sunday, August 12, 2012

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Assalaamualaikum
HJ MOHAMAD BIN A. GHANI & HJH ADONI BINTI DAUD
dengan segala hormatnya menjemput RAKAN-RAKAN seperjuangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Takir/Sekolah Ibrahim Fikri pada tahun 1976-1980 serta keluarga ke majlis perkahwinan puteri kami

Nurun Nadia binti Mohamad
 dengan pasangannya
Ahmad Asraf Asyari bin Maruzuki

pada hari Jumaat, 24hb Ogos 2012 bersamaan 6 Syawwal 1433 Hijrah
beralamat di Lot 9427, Jln. Surau Hj. Yaacob, Kg. Mak Kemas, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu Darul Iman.

Semuga dengan kehadiran Dato',/Tuan/Puan/Encik/Cik akan menyerikan lagi majlis dan mudah-mudahan InsyaAllah akan diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih.

Wassalam-Hjh Adoni binti Daud

Friday, August 10, 2012

Kerana Cerdik...Dia Dibunuh

Lahir sekitar 500 sebelum masihi di Clazomenae, Asia Minor. Tokoh astronomi dan Matematik Greek ini dihadapkan ke pengadilan kerana mengatakan matahari adalah seketul batu merah yang panas manakala bulan pula dibuat daripada bahan yang sama yang ada di bumi.


Tokoh-tokoh di bawah adalah insan genius, tapi malang kebijaksanaan itu dipandang songsang oleh segelintir manusia yang singkat akalnya. Hanya kerana idea-idea baru mereka bercanggahan dengan pemikiran ortodok pada zaman tersebut,cendekiawan-cendekiawan itu difitnahkan sebagai sesat, merosakkan akal fikiran anak-anak muda dan mengancam keselamatan manusia. Akibatnya, mereka dikeji, hidup merana, dibuang negeri,dipenjara dan dihukum mati. Siapakah cendekiawan-cendekiawan itu? Antaranya........
1) ANAXAGORAS:
Golongan agama pada zaman itu makin marah apabila Anaxagoras mengatakan gerhana dan pelangi adalah logam yang panas menyala-nyala manakala syurga itu terhasil daripada ketulan batu yang tercampak dari bumi ketika ia sedang berputar ligat.

Teori-teori barunya mengenai alam maya ini tidak dapat diterima oleh golongan agama, lalu mereka menekan anaxagoras supaya menarik baik idea-idea tersebut. Orang-orang yang rapat dengan ahli astronomi itu juga diserang bagi ke lemahkan semangat anaxagoras.

Akhirnya, anaxagoras ditangkap kemudian dihalau keluar dari athens. Beliau mati pada 428SM di Lampsacus.


2) PROTAGORAS (490-420 SM);
Ahli falsafah Greek ini mengemukakan pelbagai idea baru, paling terkenal ialah teori relatifnya. Antara lain beliau mengatakan manusia adalah ukuran kepada segala-galanya. Kalau benar, benarlah segala-galanya. Kalau salah, salahlah segala-galanya.pandangan subjektif itu masih masih boleh diterima masyarakat, tapi apabila beliau mengatakan manusia itu tidak mampu untuk menjelaskan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak, golongan agama terus naik angin.

Protagoras lalu ditangkap dan dibicarakan di Athens atas dakwaan sesat. Tidak cukup dengan itu, bukunya dibakar di depan awam. Cendekiawan tersebut mati apabila kapalnya karam ketika melarikan diri dari Athens.

Pertelagahan semakin hangat apabila Hypatia menulis dalam bukunya, "semua agama dogma yang ada di dunia ini adalah salah dan bohong, ia tidak sepatutnya diterima oleh manusia yang berakal waras dan punya harga diri".

Ketika perselisihan pendapat itu semakin tegang, Hypatia mengajak orang ramai mempertahankan hak mereka untuk berfikir dan membuat pertimbangan. Gereja melihat suaranya itu sebagai menggalakkan lagi masyarakat menolak Kristian.

Suatu hari, sekumpulan paderi Kristian menangkap Hypatia. Wanita itu dipukul kemudian diheret ke gereja, lalu kulit dan dagingnya disiat-siat dengan batu tajam. Beberapa orang lagi mengelar-ngelar badan Hypatia dengan kulit tiram tanpa menghiraukan jeritan dan tangisannya. Darah membasahi perkarangan gereja, cebisan daging bertaburan di merata tempat. Mayat Hypatia kemudian dihumban ke dalam api diiringi sorakan dan tepukan.

3) COPERNICUS (1473 - 1543)
Lahir di Poland,Copernicus sebenarnya ahli matematik. Namun hobinya memerhatikan cakerawala semasa menjadi pendaftar hukum-hukum gereja di Frauenberg menyebabkan beliau terkenal dalam bidang astronomi moden.

Hasil pemerhatiannya, Copernicus memulakan idea matahari adalah pusat cakerawala,bukannya bumi seperti yang dipercayai oleh manusia sejak sekian lama. Kata Copernicus, bumi ini berpusing dan pusingan itu lengkap dalam tempoh sehari.ndalam masa yang sama bumi beredar mengelilingi matahari dan pusingan itu lengkap dalam masa setahun. Bulan pula berpusing mengelilingi bumi.
Pihak gereja terus melenting kerana mereka berpegang kepada ekori Ptolemic iaitu bumilah yang menjadi pusat cakerawala dan alam maya ini dibungkus oleh satu lapisan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Menyedari ideanya yang melawan tradisi, Copernicus enggan menerbitkan buah fikirannya itu. Copernicus tahu, kalau idea itu diterbitkan,dia pasti mendapat bala. Hanya ketika usianya sudah renta, barulah anak murid beliau, George Rheticus berjaya memujuk Copernicus menerima salinan pertama buku tersebut hanya beberapa jam sebelum meninggal dunia.

4) GIORDANO BRUNO (1548 - 1600)

Saintis Itali ini bertanggungjawab mengetengahkan idea Copernicus bahawa alam semesta ini tiada batas sempadan dan terdapat alam-alam lain yang dihuni oleh makhluk selain manusia. Dia mengembara ke seluruh Eropah, tapi bukan saja ditertawakan, malah dianggap sesat dan anti-Kristian.

Selepas 15 tahun mengembara, Bruno kembali ke negaranya. Sampai di Venice, seorang pemuda bernama Mocegino mengajak Bruno tinggal di rumahnya. Rupa-rupanya ia satu perangkap! Bruno ditangkap lalu dihadapkan ke pengadilan. Sejak 1593 hingga 1600, Bruno dikurung di Penjara Papal, Rome. Selama lapan tahun itu pihak gereja memaksa Bruno menarik balik idea-ideanya yang bercanggahan dengan dogma Kristian.

Biarpun dipaksa san berkali-kali di beri peluang, Bruno tetap enggan. Sebagai hukuman dia disalib, seterusnya dibakar hidup-hidup. Semasa perbicaraan Bruno ada berkata, " mungkin kamu, Yang Arif, mengumumkan keputusan ini dengan perasaan takut, melebihi ketakutan yang sepatutnya dialami oleh orang yang menerimanya".

5) GALILEO (1564 - 1642)
Beliau dianggap bapa sains moden dan memajukan bidang astronomi sebagai salah satu bidang utara dalam dunia sains. Galileo adalah manusia pertama yang mengkaji teori-teori sains menggunakan kaedah saintifik dan paling klasik, menemukan planet menggunakan teleskop. Galileo mendapati ada empat butir bulan mengelilingi Jupiter dan ini mengukuhkan lagi idea Copernicus tentang alam semesta - matahari adalah pusat cakerawala, bukannya bumi. Juga, bulan mengelilingi bumi manakala bumi mengelilingi matahari bersama planet-planet lain.

Pihak gereja melenting lagi kerana ia mencabar pegangan mereka bahawa bumilah pusat alam semesta. Akibatnya, Galileo ditangkap dan dipaksa menandatangani satu dokumen menarik balik idea tersebut. Dia dibawa ke sebuah bilik gelap lalu ditunjukkan alat-alat menakutkan yang digunakan untuk menyeksa tahanan. "engkau boleh bayangkan apa yang akan berlaku kalau engkau tak mau menandatangani dokumen ini!!" kata seorang pegawai gereja.

Galileo yang ketika itu berusia 70 tahun, mendiamkan diri. Dia masih teguh dengan ideanya tapi demi nyawa, terpaksa juga menandatangani dokumen tersebut. Saintis itu kemudian ditahan dalam rumah selama beberapa tahun hingga meninggal dunia. Bukan itu saja, hajat Galileo untuk di kebumikan di perkuburan keluarganya di Basilica Santa Croce dinafikan pihak gereja.

Hanya pada 1737 barulah keranda yang menyimpan mayatnya itu dibongkar dari sebuah perkuburan di Florence lalu di kebumikan dalam gereja. Pada 31 Oktober 1992, iaitu 350 tahun selepas kematiannya, Pope John Paul II membuat kenyataan umum meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan oleh golongan-golongan agama terhadap Galileo."kes Galileo sudah berakhir",kata Pope John Paul II tanpa mengaku bahawa salah menghukum Galileo sebagai sesat hanya kerana dia mengatakan bumi beredar mengelilingi matahari!

Wednesday, August 8, 2012

Makanan Popular Terengganu

Bulan Ramadhan selalu di alu-alukan bagi umat Islam. Bukan sahaja ia adalah masa untuk menunaikan ibadat puasa tetapi memberi kesempatan untuk meraih sedikit wang lebih di pasar-pasar Ramadhan bagi mereka yang pandai memasak.

Inilah masanya untuk menikmati pelbagai kuih-muih yang tidak mudah didapati pada bulan-bulan lain. Pantai timur tidak dikecualikan. Sejak akhir-akhir ini, pelbagai kuih-muih tradisi sudah mula hilang kerana terlalu remeh untuk membuatnya. Kami menyajikan 5 jenis kuih Terengganu digemari ramai yang boleh dijumpai pada bulan Ramadhan.
No. 1- Akok, manis dan lemak, sesuap, maka kirim salamlah pada diet anda. Nasib baik orang-orang pantai timur ni makan lauk singgang yang dikatakan boleh merampingkan badan. Jadi dapatlah mengimbangkan kelemakkan kuih Akok. Akok yang terbaik dibancuh daripada santan perah, telur merah, tepung, gula nipa dan pati pandan. Ini dipukul menjadi bancuhan hijau muda dan kemudian dibakar di atas bara api daripada sabut nyor. Kuih ni spupu nganang.

No. 2- Lopat Tikang- Kuih yang amat cantik, berlapis hijau, putih dan bermakhkota pulut merah jambu. Tetapi perlu dinikmati dengan moderasi. Sum-sum hijau dibawah dibuat daripada tepung beras dan pandan, diatasnya santan masin dan gula nipa. Rasanya lemak-manis dengan kepahitan yang memberi kuih ini dimensi yang unik.

 
 No. 3- Asam Gupal- Di pantai barat kuih ini lebih dikenali sebagai badak berendam. Ceritanya kuih ini mendapat namanya kerana setiap satu ‘digumpal’ dengan tangan menghasilkan kuih yang bulat dan comel. Ia mempunyai tekstur melekit, luarnya adalah sagu dan dalamnya kacang hijau yang telah dihancurkan. Sebalum dijual ia akan berendam di dalam mandian santan lemak-manis dengan kepedasan rasa halba dan halia.
 No. 4- Mek Comey- Di Kelantan kuih popular ini dikenali sebagai Cek Mek Molek. Sayangnya namanya tidak serupa rupa. Lebih senang terserempak kucing bertanduk daripada terjumpa Mek Comey yang betul-betul comel. Rupa parasnya sederhana, lembut dan bewarna coklat keemasan diperbuat daripada adunan ubi steler. Gigit Mek Comey ini dan cairan gula akan meleleh keluar. Memang betul kuih ni bakkan kuih keria yang diterbalikkan.
No. 5- Lok Lit- Ini memang rekaan Terengganu. Rupanya seiras Buah Gomok dan memang susah dijumpai walaupun di bulan Ramadhan. Ia juga bentuk bulat dibuat daripada kelapa parut, cairan gula nipa dan pulut yang ditumbuk halus. Ini dibulatkan menjadi lebih kurang bentuk bola ping pong. Cara terbaik untuk membuat kuih ini adalah dengan lesung kayu. Jikalau anda bernasib baik, kuih ini memang sesuai dijadikan juadah berbuka. Kuih ni spupu kepal.

Rojok kateh, nekbak, rojok setor dll jatuh nombor bawah skit.
 Nekbak dan rojok kateh

Friday, July 27, 2012

Malam Lailatul Qadar

Menurut Imam Al Ghazali, berdasarkan pengalamannya membuat analisa dan mendapati jika permulaan puasa Ramadhan pada hari;-
  •  Ahad atau Rabu maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
  •  Isnin maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
  •  Khamis maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan
  •  Sabtu maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan
  •  Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
Malah ada yang menuduh sesat ramalan tersebut. Itu adalah pengalaman dan rujukkan kita yang malas ini berdasarkan yang pernah dilalui oleh Iman Al Ghazali... ker guaner? Malam sebenar Lailatulqadar tidak pernah diketahui sesiapa melainkan Allah S.W.T. Rasulullah S.A.W sendiri tak pernah menyatakan malam dengan tepat, carilah dimalam terakhir 10 Ramadhan. Tidak semsestinya dimalam yang ganjil, ianya harus berlaku dimalam yang genap. Sesungguhnya Allah menyukai yang ganjil.
Sejarahnya Lailatul Qadar

Lailatul Qadar - Allah menceritakan kepada Rasulullah kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Seorang lagi sentiasa beribadat kepada Allah selama 1000 bulan. Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda rasa sedih dan berdoa :

"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar)."

Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad dan beribadat selama 1000 bulan tersebut. Umur kita agak-agak sampai ker. Kalau sampai penuh ibadat macam mereka itu tadi? Kalau kurang macam mana? Oleh itu marilah kita sama-sama mencarinya...alaaaa 10 malam terakhir jer kerja kuat sikit berbanding banyak sibuk benda duniawi dalam setahun 365 hari? Kalau tolak untuk 10 malam jadi masih lagi banyak urusan duniawi....ker guaner kata?

Siapakah lelaki Bani Israil itu?

Dikatakan bahawa nama lelaki itu ialah Syam'un, berperang dengan musuh selama 1000 bulan, tidak pernah kering bulu tengkuk kudanya dan sememangnya orang-orang kafir gerun untuk menghadapinya. Sehinggalah tiba satu pengkhianatan dari isteri beliau apabila ditawarkan oleh orang kafir sebuah bejana yang dipenuhi dengan emas jika berjaya mengikat suaminya itu.

Pada satu malam, niat isterinya yang khianat itu untuk mengikat suaminya dengan tali berjaya dilaksanakan. Namun, ketika Sya'mun sedar daripada tidur dan menggerakkan badannya semua tali itu putus dengan mudah. 

Lalu beliau bertanya kepada isterinya : "Mengapa kau berbuat sedemikian?"

Lalu isterinya yang jahat itu menjawab: "Aku hanya ingin menguji kekuatanmu sahaja."

Isterinya menceritakan hal itu kepada orang-orang kafir. Segeralah mereka memberi rantai besi kepada isteri yang jahat itu untuk mengikatnya sekali lagi. Namun, ikatan besi pada badan Syam'un diputuskan dengan amat mudah sahaja. Apabila isteri beliau ditanya, dijawabnya jawapan yang sama.
Lalu menyamarlah Iblis sebagai manusia dan mendatangi orang-orang kafir dan isteri Syam'un yang sedang melaporkan gerak kerja yang gagal tersebut. Maka Iblis tersebut memberi cadangan agar isteri Syam'un bertanya kepada suaminya apakah benda yang mampu mengikatnya. "Helaian rambut yang tumbuh di dagu ku ini," jawab Syam'un dengan jujur kepada isterinya apabila ditanya.


Dari sumber lain menceritakan isterinya memujuk agar memberitahu rahsia kekuatannya. Apabila diberitahu kekuatanya pada rambut yang tak pernah dipotong. Maka ketika sedang nyenyak tidur, isterinya memotong rambutnya menyebabkan kekuatanya hilang dan mudah ditangkap.

Memang tidak dinafikan bahawa Syam'un mempunyai lapan helai janggut yang amat panjang hingga ke tanah. Ketika beliau tidur, si isteri mengikat kaki dan tangannya dengan kelapan-lapan janggutnya tersebut. Kemudian orang-orang kafir membawanya ke tempat penyeksaan dan penyembelihan yang amat luas dan tingginya 400 hasta dengan satu tiang. Maka bermulalah penyeksaan mereka dengan memotong kedua telinganya dan bibirnya.
Kemudian Syam'un memohon kepada Allah S.W.T agar memberinya kekuatan untuk memutuskan ikatan dan dapat merobohkan tempat penyeksaan tersebut. Allah mengkabulkan doanya dengan berjayanya Syam'un melepaskan diri dari ikatan itu dan berjaya merobohkan tempat itu dengan menolak tiang yang membuatkan tempat itu tidak stabil lalu runtuh menghempap semua orang kafir kecuali Syam'un sahaja yang terselamat.

[Kisah ini diambil dari hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas]-Kalau tengok cerita Samson and Delilah seolah-olah orang Kristian mengambil dari cerita ini.

 APA NAK BUAT KALAU TERJUMPA MALAM LAILATUL QADAR

Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.

Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.

  اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku

Nuzul Quran dan Lailatul Qadar

Nuzulul Qur’an adalah waktu turunya Al-Qur’an yang bertepatan dengan malam yang disebut Lailatul Qadar. Allah SWT menurunkan Al-Qur’an pada Lailatul Qadar. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surat Al-Qadr ayat 1-5. Namun begitu, Nuzul Qur'an sering diperingati pada malam 17 Ramadhan, sementara umum diketahui bahwa malam Lailatul Qadar jatuh pada sepertiga malam yang terakhir bulan Ramadhan. Mengapakah ianya berbeza? Allah SWT berfirman,

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ. لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ. تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ. سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Sesungguhnya kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (QS. Al-Qadr 1-5).
Para ulama berbeda pendapat tentang dlamir “hu” atau kata ganti yang merujuk kepada Al-Qur’an dalam ayat pertama. Apakah Al-Qur’an yang dimaksud dalam ayat itu adalah keseluruhannya, artinya Allah SWT menurunkan Al-Qur’an sekaligus dari Lauhil Mahfudz ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam Lailatul Qadar, ataukah sebagiannya, yaitu bahwa Allah SWT menurunkan pertama kali Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW, yaitu surat Al-‘Alaq Ayat 1-5 pada malam Lailatul Qadar?

Dalam sebuah riwayat disebutkan, Ibnu Abbas R.A menjelaskan bahwa Al-Qur’an yang diturunkan pada Lailatul Qadar keseluruhnya; baru kemudian secara berangsur diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. (HR. Ath-Thabrani).
Sementara itu Nuzul Qur’an sering diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, dengan mengadakan pengajian atau tabligh akbar, dan bukan pada malam Lailatul Qadar. Hal ini didasarkan pada pendapat yang menyatakan bahwa pada tanggal tersebut Rasulullah SAW pada umur 41 tahun mendapatkan wahyu pertama kali. Yaitu  surat Al-‘alaq ayat 1-5 ketika beliau berkhalwat di gua Hira, Jabal Nur, kurang lebih 6 km dari Mekkah.

Nuzulul Qur’an yang diperingati oleh umat Islam dimaksudkan itu adalah sebagai peringatan turunnya ayat Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW yakni ayat 1-5 Surat Al-Alaq.
 
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ. خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ. اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ. الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ. عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Adapun Lailatul Qadar merujuk kepada malam diturunkannya Al-Qur’an dari Lauh Mahfudz ke Baitul Izzah atau langit dunia. Dikisahkan bahwa pada malam itu langit menjadi bersih, tidak nampak awan sedikitpun, suasana tenang dan sunyi, tidak dingin dan tidak panas. Pagi keesokkanya cahaya matahari kelam putih kerana dilindungi oleh jisim-jisim para malaikat kembali kelangit. WaAllah hu aqlam.

Friday, June 29, 2012

Makna Lencana Sekolah

Maksud warna pada lencana :

KUNING
Melambangkan kebesaran dan kewibawaan pendidik di SMKIF.

HIJAU
Melambangkan ketenteraman dan kehambaan warga SMKIF semasa menuntut ilmu.

MERAH / OBOR
Melambangkan semangat yang berkobar-kobar yang ada dalam diri setiap pelajar dalam menuntut ilmu.

DACING
Melambangkan ilmu yang disebarkan oleh pendidik di sekolah ini tiada diskriminasi antara pelajar - pelajar.

RODA
Melambangkan perjuangan atau usaha suci seorang pelajar di sekolah ini untuk mencari ilmu tanpa henti.

Wednesday, June 20, 2012

Italian Time-Just For Fun


Rambut Beruban


 Al Baihaqi membawakan sebuah fasal dengan judul “larangan mencabut uban”. Lalu di dalamnya beliau membawakan hadith dari ‘Abdullah bin ‘Umar. Rasulullah s.a.w bersabda:

الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban (walaupun sehelai) dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebag...ai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (H.R. Al Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadith ini hasan).

Muhammad bin Hibban At Tamimi r.hu (yang lebih dikenali dengan Ibnu Hibban) dalam kitab Shahihnya menyebutkan pembahasan “Hadith yang menceritakan bahawa Allah akan mencatat kebaikan dan menghapuskan kesalahan serta akan meninggikan darjat seorang muslim kerana uban yang dia jaga di dunia.”

Lalu Ibnu Hibban membawakan hadith berikut. Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:

لا تنتفوا الشيب فإنه نور يوم القيامة ومن شاب شيبة في الإسلام كتب له بها حسنة وحط عنه بها خطيئة ورفع له بها درجة

“Janganlah mencabut uban kerana uban adalah cahaya pada hari kiamat nanti. Siapa saja yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, maka dengan uban itu akan dicatat baginya satu kebaikan, dengan uban itu akan dihapuskan satu kesalahan, juga dengannya akan ditinggikan satu darjat.” (H.R. Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadith ini hasan)

Rajin-rajin sikat rambut kerana ianya melancarkan perjalanan darah dan menyihatkan rambut walau rambut sikit atau pendek. Tak ada rambut pun boleh sikat, menyhatkan kulit kepala asalakan jangan terluka dah. Manalah tahu lama-lama ianya tumbuh.

Saturday, June 16, 2012

Last Tiger 1930

Last Tiger killed in Choa Chu Kang Village, Singapore 1930s

Tuesday, June 5, 2012

Kenapa Bangsa Monggol Di Asia Barat Islam

File:Central Asia - political map 2008.svg
Central_Asia
Sebagai orang awam,pastilah kita bertanya-tanya mengapa negara-negara asia tengah tepatnya pecahan dari Uni Soviet beragama Islam. Padahal kebanyakan dari mereka mayoritas bermata sipit yaitu berperawakan etnis China, tepatnya mongolia. Negara-negara tersebut antara lain mencakup wilayah-wilayah  Azerbaijan-Iran, Kazakhstan (wilayah sebelah timur Sungai Ural), Kirgizia, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan,Bagian Utara Afganistan.wilayah Turkic/Muslim selatan Rusia (Siberia selatan), Mongolia, Tiongkok bagian barat (Xinjiang , Afganistan, dan sebagian wilayah utara Pakistan.



Ekspansi Mongol

Ekspansi Mongol adalah sebuah ekspansi besar bangsa Mongol yang dipimpin oleh Genghis Khan untuk menaklukan wilayah Eurasia pada awal abad ke-13. Dengan membawa pasukan berkuda dalam jumlah besar dan amat terlatih, Genghis Khan berhasil menebar teror di seantari Eurasia selama 1 dasawarsa.

Genghis Khan berhasil menguasai Tiongkok, mengalahkan Rusia, menghancurkan kekaisaran Persia, mencaplok Polandia dan Hongaria, serta meluluh-lantahkan Baghdad sebagai pusat kekhalifahan Islam pada masa itu. Cara dan tujuan Ekspansi Genghis Khan berbeda dengan kaisar-kaisar sebeumnya. Ia menghancurkan apa saja di depan mata, tanpa pandang bulu. Ia menyerang bukan untuk memerintah, melainkan untuk menjarah, memerkosa, dan menculik gadis-gadis untuk mereka bawa ke negerinya, hal inilah yang membuatnya di takuti.

Ratusan ribu orang Islam syahid di bawah panah dan pedang pasukan berkuda Mongol ketika mereka menyerbu ke arah barat. Prajurit berkuda Mongol melindas Khurasan, lalu Baghdad, Damaskus dan bahkan ke wilayah Eropa. Bangsa paling biadab di Eropa pun kalah digempur pasukan biadab dari Mongol.

Hulagu Khan (1256-1349M), putera Pangeran Tuli, dan cucu Jenghis Khan memimpin penyerbuan kearah Barat serta menumbangkan Daulat Abbassiah (750-1256M). Baghdad dikuasai. Perpustakaan Negara dibongkar. Jutaan buku dibakar dan sebagian lagi dilempar ke sungai Euphrat dan Tigris. Warna air kedua sungai itu berubah menjadi hitam.

Pusat pemerintahan Islam berada dalam suasana kiamat. Pusat pengembangan ilmu pengetahuan dunia hancur luluh. Seakan dunia science gelap gulita dan pengembangan ilmu pun terhenti.
umat muslim mongol di negara Kazakhstan
Di tiap wilayah yang dikuasai, pasukan Mongol melakukan pembantaian terhadap manusia. Bala tentara Mongol tidak ingin punya tawanan yang akan menjadi beban dalam perjalanan pulang ke Mongol. Pembunuhan massal menjadi kewajiban bagi tiap prajurit, termasuk membunuh wanita dan anak-anak.

Khilafah Islam seakan hancur lebur di tangan orang-orang Mongol. Kehancuran itu justru terjadi pada penghujung kekhalifahan di Baghdad. Pada penghujung pemerintahan muncul beragam penyakit yang melemahkan negara. Pasukan Mongol pun datang bagai badai dan menumbangkan dinasti Abbasiah.

Kemudian, keadaan menjadi terbalik. Pasukan Mongol yang tadinya membantai ummat Islam, dalam perjalanan kembali ke Mongolia memeluk agama Islam. Bahkan mereka mendirikan dinasti Islam di India. Prajurit prajurit Mongol pun tampil menjadi pejuang-pejuang Islam yang perkasa.
Dalam Bab IV pada jilid III dari buku History of the Mongols, karya To San, berbahasa Tionghoa, dijumpai satu bagian yang berceritera sebagai berikut: Ahnan Da adalah seorang pangeran Mongol yang diasuh oleh orang Islam. Setelah dewasa dia memeluk agama Islam. Kemudian ia ditunjuk oleh Khubulai Khan menjadi gubernur untuk wilayah An-Si.

Selama menjadi gubernur An-Si dia giat menyebarkan agama Islam di wilayahnya. Dia juga mengembangkan agama Islam di wilayah Tang-Wu (sekarang masuk provinsi Ning Hsia), beserta daerah sekitarnya. Gubernur Ahnan Da menguasai sekitar 1,5 juta prajurit dan semuanya memeluk agama Islam.
The Great Mosque of Hohhot, Inner Mongolia: Islam has been practiced in China since the seventh century and the country’s Muslims have developed a distinct culture.
Professor Pai Sho Yi dala karyanya Outline of Islamic History in China, berbahasa Tionghoa, mengatakan perkembangan agama Islam yang begitu pesat terjadi pada masa pemerintahan dinasti Yuan (Mongol). ?Orang Islam ditemukan dimanapun di pelosok tanah Tiongkok, di bawah pemerintahan dinasti Yuan.

Pada awalnya hanya ditemukan orang Islam turunan Arab, Hui dan Han. Pada mulanya memang tidak ada orang Mongol yang masuk Islam. Lalu pada masa dinasti Yuan orang-orang Mongol banyak yang memeluk agama Islam.

Turunan Muslim Mongol banyak dijumpai, dewasa ini, dalam wilayah Mongolia Dalam. Tamerlane, keturunan Hulagu, juga memeluk agama Islam dan mendirikan dinasti Mongol di India. Baber, keturunan Jenghis Khan, masuk Islam, dan membangun imperium Moghul di anak benua India. Ini merupakan sebuah imperium Islam terbesar sampai pertengahan abad ke-19.

Walaupun arus masuk Islam begitu deras di daratan Cina, tidak bearti semua itu berjalan mulus-mulus saja. Banyak ditemukan tantangan terhadap keberadaan ummat Islam di Cina. Tantangan muncul karena agama Islam menolak pemujaan terhadap berhala dan dewa-dewa. Para penyembah berhala, juga mereka yang menghiasi candi-candi dan gereja dengan patung-patung tidak pernah memiliki rasa bersahabat dengan ummat Islam. Beberapa perbedaan dalam kehidupan juga membuat hubungan antara orang Mongol (non Islam) dan Islam menjadi tidak bersahabat. Misalnya, orang Mongol menyembelih sapi dan domba dengan membelah perut hewan itu sedangkan orang Islam menyebelih dengan menyayat leher hewan itu.
KazakhstanBanyak pula orang Tionghoa sendiri, walaupun mereka memeluk agama Buddha akan tetapi mereka mengikuti kebiasaan pemeluk agama Hindu. Mereka tidak menyantap daging lembu. Sedangkan daging lembu dan daging domba merupakan makanan masyarakat Muslim. Mereka yang non-muslim makan daging babi, sedangkan Islam mengharamkan daging babi.

Semua kenyataan itu menjadi penyebab munculnya rasa tidak senang penduduk non muslim kepada kaum muslim. Tidak jarang muncul insiden-insiden kecil antara kaum muslimin dan warga yang non-muslim. Kendati demikian, secara umum, hubungan antara warga muslim dan non muslim cukup baik dan saling menghormati.




Hazara is one of the mongol muslim living in middle east and central asia
gadis mongol muslim
Perkembangan Islam selama pemerintahan dinasti Yuan cukup baik. Imigran Islam dari Timur Tengah bertambah besar jumlahnya. Hubungan antara muslim pendatang itu dengan warga muslim pribumi cukup baik. Bahkan Al Quran memberi tuntunan bahwa setiap warga mukmin adalah bersaudara. Setiap warga Islam adalah bersaudara.

Tidak heran kalau mereka mendirikan masjid dimana-mana. Mereka melaksanaan shalat berjamah di berbagai masjid. Mereka juga bahu membahu mengembang agama Islam dan ilmu pengetahuan. Daratan Cina makin menikmati kemajuan ilmu pengetahuan mereka.

Pemerintahan dinasti Yuan tidak membawa perubahan yang nyata, kecuali mereka belajar bagaimana mengelola pemerintahan secara baik atas wilayah yang sangat luas itu. Mereka juga mempelajari ilmu pengetahuan yang sudah ada di tangan bangsa Han dan Hui-Hui (Islam). Para pendatang dari Timur Tengah juga membawa serta ilmu pengetahuan mereka ke Cina.

Di Cina berkembang teknik cetak-mencetak. Berkembang pula cara membuat kertas berkualitas tinggi, pembuatan mesiu serta bom dan granat. Juga berkembang lebih pesat teknik tenun sutera dan katun. Pada saat bangsa Eropa masih belum berbusana, orang Cina sudah berpakaian dengan sopan dan santun.

Tekstil ini pula yang diekspor ke Timur Tengah. Sehingga pada saat ummat Islam sudah menutup aurat, bangsa Romawi (kecuali keluarga kaisar dan bangsawan) masih belum mampu membeli kain. Pada saat orang Cina dan Arab sudah minum melalui cangkir keramik, orang Romawi masih minum dengan tempat minum dari tembaga dan batu.

Cina pun sudah mahir melakukan pelayaran di laut lepas. Kapal-kapal mereka sudah melayari lautan antar benua, sementara kapal-kapal orang Eropa masih melayari Laut Tengah. Bangsa Viking pun, yang konon gagah perkasa di Laut Utara, tidak berani berlayar lebih jauh.
Mughal Empire.
Mughal Empire. This map shows the location of the Mughal, or Mogul (mongol) Empire. Central Asian Muslims established the empire in 1526. By about 1600, the Mughals controlled most of what are now north and central India, Afghanistan, Bangladesh, and Pakistan. The empire lasted until the 1700′s.
Mereka hanya berani berlayar dari Islandia, ke Norwegia, Inggris, Nederland dan Prancis. Sejarah tidak mencatat bahwa ada kapal kapal Viking yang berlayar sampai ke wilayah Mesir dan Kanaan. Mereka memang terkenal sebagai bajak laut di Laut Utara.

Masa pemerintahan dinasti Yuan tidaklah panjang, bahkan tak sampai seabad. Sejarah mencatat bangsa Mongol, lewat dinasti Yuan, hanya memerintah Cina selama 89 tahun saja. Kendati agama Islam berkembang dengan pesat tapi penderitaan rakyat sagat pedih atas kekasaran dan kekejaman bangsa Mongol. Pejuang-pejuang Islam bersama rakyat berusaha untuk menggulingkan dinasti Mongol ini.

Pada akhirnya kaum revolusioner Muslim bangkit bersama rakyat menentang dinasti Mongol. Pada pemberontakan ini berperanlah para ahli persenjataan Hui-hui (Islam). Mereka memperkenalkan mortir dan granat dalam menghadapi pasukan Mongol.

Dinasti Yuan tumbang setelah memerintah dari tahun 1279-1368M). Setelah Yuan tumbang berdirilah dinasti Ming yang dalam kenyataannya adalah satu daulah Islamiyah (Kilafah Ming). Kilafah ini memerintah dari tahun 1368 hingga 1644M. Ming memerintah dari ibukota Nanking, kemudian memindahkannya ke Peking.
mongol

pasukan mongol


Asia Tengah Sekarang

Rusia dan negar-negara Asia tengah sepakat memerangi Hizbut Tahrir

Struktur Anti Teroris Regional Shanghai Cooperation Organisastion (SCO) menggelar pertemuan di ibukota Uzbek, Tashkent, pada hari Jumat, membahas upaya peningkatan dalam memerangi terorisme, demikian kepala delegasi Rusia mengatakan. Namun, mereka mengaku pertemuan itu ditujukan untuk memerangi gerakan Islam tanpa kekerasan yang gencar menyerukan penegakkan Khilafah, Hizbut Tahrir. Padahal gerakan ini telah dikenal luas sebagai partai Islam intelektual dan tanpa kekerasan dalam setiap metode perjuangannya.
 
Pertemuan ini akan berlangsung hanya beberapa hari saja setelah serangan yang menghantam kereta bawah tanah di Moskow dan kota Kizlyar di Kaukasus Utara Rusia republik Dagestan.
Pada hari Senin, ledakan kembar di stasiun Park Kultury dan Lubyanka pada pagi hari yang menewaskan 39 orang dan puluhan luka-luka. Dua ledakan di Kizlyar pada Rabu mengklaim 12 jiwa. Aksi kekerasan ini akhirnya menjadi dalih dan ‘alasan empuk’ bagi rezim setempat untuk memberangus gerakan-gerakan Islam, termasuk para pejuang Khilafah tanpa kekerasan.
Sergei Smirnov mengatakan peserta dalam pertemuan itu akan membicarakan pembentukan kelompok kerja ahli permanen, yang akan mengkoordinasikan upaya bersama oleh anggota SCO ditujukan untuk memerangi organisasi internasional Hizbut Tahrir.
 
Dia mengatakan, SCO akan membahas bantuan bersama ke Rusia dalam menjamin keamanan selama perayaan hari kemenangan pada tanggal 9 Mei. Kerjasama dengan regional lainnya dan organisasi internasional bertanggungjawab untuk memerangi terorisme dan ekstrimisme juga diharapkan akan dibahas, kata Smirnov.
 
Organisasi Kerjasama Shanghai terdiri dari Rusia, Cina, dan republik-republik bekas-Soviet Uzbekistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, dan Tadzhikistan.
 
Uzbekistan tempat berlangsung pertemuan tersebut telah dikenal rezimnya yang korup dan sangat aktif memerangi kaum Muslim. Di bawah kepemimpinan Yahudi Karimov, mereka tak segan-segan melakukan aksi teror terhadap kaum Muslim bahkan membunuhnya.
 
Tragedi Andijan, Mei 2005 lalu tak bisa terlupakan. Saat itu, ribuan kaum Muslim dibantai di bawah moncong senjata Karimov yang dibantu oleh tentara Rusia. Kebanyakan dari para korban itu adalah anggota dan para pendukung Khilafah dan Hizbut Tahrir.
 
Negara-negara di Asia Tengah benar-benar tak mampu menghadapi debat intelektual yang senantiasa diserukan oleh kelompok Hizbut Tahrir. Rezim korup negara-negara bekas Soviet tersebut di bawah baju “perang melawan terorisme” terus menerus melakukan penangkapan terhadap para pengemban dakwah yang ikhlas bekerja untuk memberikan solusi Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Hal itu terus menerus terjadi hingga hari ini.
 
Bila kaum Muslim di Asia Tengah terus menerus diuji keimanannya dengan adanya perlawanan atas dakwah berupa penganiayaan, propaganda busuk dan pemboikotan, lalu atas alasan apa kaum Muslim di negeri Muslim terbesar di dunia ini malah berdiam diri bahkan mengkhianati perjuangan mereka dengan berjabat tangan dengan ide-ide demokrasi, ham dan kebebasan.
 
Sudah saatnya, kaum Muslim bersatu padu kembali mengambil Islam dan bersegera mewujudkan kehidupan Islam di bawah naungan Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan metode kenabian yang pada saatnya tiba akan mengadili Rusia dan rezim negara-negara pecahan Uni Soviet atas tindakan brutalnya terhadap kaum Muslim. Insya Allah, Khilafah tersebut di depan mata.
Timurlane

uighur mongol muslim melakukan pernikahan
Republik Kyrgyztan adalah bangsa mongol.
 *dari berbagai sumber. dipetik dari email Roslan Mohd kepada respeks_group.