Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Thursday, July 29, 2010

BUTTERFLY

Biggest Butterfly - Using sony handphone camera 1.3mp
Rajah Brooke Butterfly - Taken using sony handphone camera 1.3 mp

Friday, July 23, 2010

MALAM NISFU SYAABAN 26 JUL 2010

Assalamualaikum w.b.t...

Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam Nisfu Sya'aban 1431H akan tiba pada hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam Selasa (sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru. Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:
1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam
Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat
kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)
: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berz ina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Wassalam.

Friday, July 16, 2010

KEMPIS PERUT - SLIM YOUR STOMACH -

TAK PERLU KELUAR $$$$$. INI CARA DIAJAR NIHON TV JAPAN
Straw orang lama Terengganu panggil peleting.
Potong lurus 5cm. Straight cut 5cm
Separuh lubang starw ditutup dengan tape. Use tape and Close half straw hole with tape.
Sedut udara dalam-dalam kira-kira 5 saat dengan straw. Using straw and suck the air more deep for 5 second.
Hembus nafas dengan kuat kira-kira 5 saat sekurangnya 3x sehari. Strong release your breath for 5 second at least 3x a day.
Semasa kerja ringan dirumah pun boleh amalkan @ dimana saja jika muka dok malu. You can practise during light work at home @ anywhere if you are not shy.
Keputusan selepas 2 minggu. The results after 2 weeks.
Keputusan berbeza setiap orang. The result is different each others.

Saturday, July 3, 2010

ULAR BERKAKI 4 DITEMUI DI JENGKA



Sebelum ini gambar ular yang berkaki yang ditemui di China dan ular tersebut telah mati sebenarnya ketika gambar tersebut ditangkap. Kali ini pula Di Malaysia, Ular Berkaki 4. Di temui oleh Jengka 12 Pahang, Malaysia.Gambar ini dikongsi oleh Amda kepada selangor2u melalui email.Ular ini masih hidup dan sekarang berada dalam simpanan beliau. Ditemui pada 30/6/2010.