Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Saturday, October 19, 2013

18 OKT 2013 JUBLI EMAS

ASSALAMUALAIKUM wrt. wbt dan Salam Sejahtera (Tek Ucapan)
Bismillahhirahmannirrahim
Para barisan ajk dan teman-teman seperjuangan ReUnion/Alumni yang dihormati sekalian!
Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi. Saya mengucapkan tahniah di atas usaha dan gembelingan tenaga semua sejak beberapa ketika yang lalu, dalam kekangan masa, tenaga dan sumber kewangan yang terhad, serta kekangan komitmen kerja, maka Program ReUnion Hi-Tea hari ini akhirnya menjadi kenyataan buat kali kelima diadakan di Pantai Timur bersamaan usia kita telah dan akan jangkau setengah abad.
1.     Kali pertama diadakan pada 21 Feb 2004 di CRR Telaga Batin setelah 25 tahun berpisah demi mengejar cita-cita semenjak 1980. Kehadiran pada waktu itu adalah 47 orang.
2.     Kali kedua diadakan di Dewan Sekolah Ibrahim Fikri pada 20 Nov 2004 bersama keluarga serta guru-guru, dihadiri oleh seramai 57 orang bekas pelajar. Kutipan derma kilat sumbangan surau sekolah yang sedang dalam pembinaan ketika itu serta cenderahati kepada guru-guru yang hadir.
3.     Kali ketiga pada 4 Dec 2005 Majlis Temu Mesra di Peransang Templer Golf Club dianjurkan oleh Tn Hj. Azami. Kehadiran 10 orang.
4.     Kali keempat pada 23 Dec 2006 di Park Inn Batu Buruk kehadiran sekitar 20 orang sahaja memandangkan musim hujan ketika itu.
5.     Kali kelima di Hotel Seri Malaysia, Kedai Binjal pada 24 Sep 2009. Kehadiran 38 dan 5 orang guru.
6.     Kali keenam di Al-Rawsha, Kampung Pandan pada 28 Sep 2013 yang lalu. Kehadiran 13 orang.
Para rakan seperjuangan sekalian….
Melaksanakan perjumpaan sebegini memerlukan komitmen 100% kerana ini merupakan kerja yang dilakukan tanpa bayaran dan merupakan suatu amal bakti semua pihak diantara kita. Tanpa komitmen anda semua untuk hadir memeriahkan majlis ini dan tanpa keizinan-Allah swt, ini semua tidak akan menjadi realiti pada hari ini.
Ia tidak semudah yang disangka, tidak semudah yang dibicara, lebih mudah mengungkap kata-kata dari melakukannya…..! Insyaallah, dengan sokongan dan komitmen semua pihak, segala kekurangan dan kesilapan akan diperbaiki di masa-masa akan datang jika ada mereka yang ingin menganjurkannya pula. ReUnion/Alumni SeMeSTa/SIF7680 suatu wadah bagi semua bekas pelajar samada lelaki mahupun perempuan dari semua aliran untuk mengeratkan kembali silaturrahim.
Sumbangan dan komitmen anda sangat-sangat dikehendaki. Jika anda berkemampuan dan punya kepakaran mahupun ilmu serta kemahiran, lantas ia relevan untuk kita sumbangkan untuk aktiviti-aktiviti ReUnion dimasa akan datang jika ada, mungkin Jubli Intan 25 tahun lagi.
ReUnion Jubli Emas kali ini adalah yang kelima di adakan di Pantai Timur dan yang ketujuh jika dicampur dengan Pantai Barat serta yang teramai sekali sejak diadakan. Saya rasa terharu diatas sambutan yang diberikan. Ada yang datang dari jauh samada melalui darat, udara atau jalan air jika ada. Ada yang datang sendirian dan segelintir berpasangan kerana sebab-sebab tertentu semuanya di alu-alukan memperkukuhkan ukhuwah penubuhan ini maka terjalin ikatan silaturahim dan kesatuan ummah amnya.
Diantara kita kini bertebaran dimerata-rata masyarat dalam Malaysia amnya, masing-masing mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing yang berbeza.
Tuan-tuan dan puan-puan sekelian boleh melayari website/blog ReUnion yang telah lama saya bangunkan diatas cadangan sewaktu perjumpaan yang pertama dahulu seperti tercatit pada kain rentang dan juga rantai kunci. Saya mengalu-alukan sebarang berita dan foto untuk dikemas kini dalam blog sebagai salah satu platform maklumat, melalui wassap, email atau apa saja media kepada saya. Saya mohon maaf kerana terdapat foto-foto yang saya muat naik tanpa kebenaran empunya.
Saya selaku pengerusi yang dilantik semasa perjumpaan pertama dahulu mewakili semua ajk mengucapkan jutaan terima kasih ‘Jazakallahu Khairan Katsiira’, ReUnion ini tidak akan meriah dan berjaya tanpa sokongan, sumbangan hamba Allah dan anda semua. Juga tidak dilupakan sumbangan dalam bentuk idea, masa dan tenaga mereka secara lansung dan tidak langsung sejak dari mula-mula dulu hingga sekarang. Moga Allah membalas jasa anda semua dengan sebaik-baik balasan.
Masih ramai lagi rakan-rakan seperjuangan yang tidak dapat dihubungi kerana tiada kabar berita selepas tamat persekolahan, bertukar nombor telefon, alamat dan tempat kerja. Untuk makluman kali ini diadakan tabung derma kilat untuk membantu rakan seperjuangan yang dikenal pasti memerlukan untuk meringankan sedikit bebanannya setakat termampu.
Dimaklumkan juga guru Bahasa Malaysia dan juga lukisan iaitu Cikgu Ariffin bin Jusoh dalam keuzuran kerana angin ahmar. Saya telah pun menziarahinya dan percaya rakan yang lain ada juga telah pergi. Sesiapa ada kelapangan boleh menziarahinya di Rumah Murah, Kampung Telaga Daing, Seberang Takir.
Sebelum mengakhiri ucapan ini saya memohon jutaan kemaafan andainya terdapat kekurangan, kesilapan atau kelemahan semasa berlangsungnya program ReUnion ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang tidak baik itu dari kelemahan diri sendiri.
‘Hablum minallah hablum minanas. Keep in touch’
Wabillah hi taufiq wal hidayah, wassalaamualaikum wbt
Terima kasih
Zulkafli b Abd Razak
Pengerusi ReUnion SeMeSTa/SIF7680
18hb Okt 2013
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Bantuan derma diagih-beliau mengucapkan jutaan terima kasih
 
 
 
 
 
Kehadiran bersetuju datang seramai 76 orang, oleh kerana urusan yang datang mengikut pendaftaran seramai 60 orang. Ada yang datang terpaksa pulang awal kerana urusan.

Makluman. Duit tabung sedia ada RM430. Beli hamper RM420 Baki RM10. Tidak termasuk hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh rakan-rakan. Pendaftaran RM25 seorang untuk Hi-Tea RM1555 dan sumbangan hamba Allah dua orang RM200+RM500=RM2255. Tolok hi-Tea untuk 70 orang RM1750=RM505 + RM10 baki tabung dalam akaun bersama Puan Yuhani dan Yahya Tabung ReUnion bendahari jadi RM515.

Kutipan derma kilat RM1227. Derma kepada tiga orang ahli RM100/seorang baki RM927. Sekian.
 Resit pendahuluan RM800
Resit baki dan jumlah keseluruhan.

No comments: