Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, December 15, 2008

2nd ReUnion 20112004

Assalaamualaikumdan salam sejatera

Perjumpaan kali kedua initelah diadakan di Dewan Sekolah Ibrahim Fikri dimana akan membawa nostalgia silam. Perjumpaan kali ini bersama ahli keluarga. Kedatangan seramai 57 ahli keluarga malah ada dari Kelantan, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat yang jauh sanggup datang untuk menyambung silaturahim dengan bersusah payah perbelanjaan sendiri.

Tidak lupa kami telah menjemput seramai sepuluh orang guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami tapi kehadiran mereka hanyalah empat orang dan itu sudah cukup bermakna bagi kami semua mungkin mereka yang lain kerana keuzuran, ada urusan yang lebih penting perlu diselesaikan dan diluar daerah atau negeri. Guru yang dating ialah Cikgu Muslam dan isteri Cikgu Zaharah, Cikgu Tan bekas cikgu Koperasi, Cikgu Din serta wakil Pengetua Sekolah Ibrahim Fikri pada masa itu.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SIF kerana membenarkan kami menggunakan Dewan Sekolah untuk acara tersebut tanpa apa-apa bayaran dikenakan. Kepada rakan-rakan yang bersusah payah menjejaki dan mengumpul alamat rakan-rakan seperjuangan dan cikgu tidak dilupakan kerana ianya bukan tugas yang mudah terutama Mat Lazin Hassan, Tn Hj Arazmi dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Kepada rakan-rakan, guru-guru yang banyak berjasa telah pergi meninggalkan kita, kami doakan semuga Allah menlimpahi rahmatNya keatas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah. Amin.
Dari kiri Tuan Hj Arazmi, Yakari, M. Lazin, Zulkafli, Seikh, Jailani dan Apandi
InsyaAllah berjumpa lagi... kau yang kami sedekah Al-Fatihah dalam perjumpaan lalu rupanya masih hidup semuga panjang usia dan sehat selalu serta di berkati Allah. M. Sokri bersalam dengan Jailani. Jailani datang dari Kelantan semata-mata ingin berjumpa rakan-rakan yang telah berpisah 24 tahun lalu.

Sembang berlatar belakang surau SIF yang belum siap semuga sedikit derma kilat yang telah dihulurkan dapat membantu sedikit sebanyak dalam urusan meyiapkan surau ini.
'Back Drop' perjumpaan Aidil Fitri dilukis sendiri oleh saya. Bukan apa...jimat kos!
Dari kiri Tuan Hj Arazmi, Zulkafli, Wakil Pengetua SIF, Cikgu Muslam, Cikgu Sofian, Cikgu Tan dan Cikgu Din. Belakang dari kiri Fatimah Ngah (Naib Pengerusi) dan Cikgu Zaharah (isteri cikgu Muslam). Wahab sedang melintasi dibelakang.
Penyampaian cenderahati kepada Wakil Pengetua SIF.
Naib Pengerusi Fatimah Ngah menyampaikan cenderahati kepada bekas guru yang mendidik kami iaitu Cikgu Zaharah. Pernah kena denda berdiri kerana tak dapat jawab soalannya Matematik Moden.

Pengerusi ReUnion menyampaikan cenderahati kepada cikgu Tan (bekas cikgu Koperasi tahun 1976)
Cikgu Din
Cikgu Muslam. Pernah jugak kena pemanparnya pasal ambil pitih biasiswa lebih dari dibenarkan heeeeee
Saper berucap ni..lupalah...diperhati oleh Yahya Khalid
Giliran Jailani M Junoh memberi sepatah dua kata ucapan.
Para AJK dan guru-guru SIF.
Sapa ni?
Lupalah namanya?
Rosli A Ghani (apek nama glamor masa dulu) datang dari Kuala Lumpur dan akan pulang setelah selesai perjumpaan nanti. Semata-mata datang untuk berjumpa rakan-rakan lama.
Azipah Muda salah seorang pencetus idea untuk diadakan ReUnion dan Yuhani Nawi (bendahari)
Ahli keluarga yang datang
Ramai yang datang kali ini kira-kira 57 bekas pelajar SIF keran di buat di Dewan Sekolah SIF dimana boleh tunjuk kelas lama pada anak-anak atau yang banyak menyimpa nostalgia dulu-dulu.
Bekas cikgu kami dulu dari kiri Cikgu Sofian, cikgu Tan, Cikgu Din dan Zakaria Mohammad salah seorang AJK. Depan wakil pengetua SIF.
Rosli dan Marzuki Yatim.
Azipah Muda
Yuhani Nawi
Alias Mat Zin
AJK bertugas dari kiri Asma', Che Kamaruddin, Sarimah dan Zulkifli (chor)

Yakari dan Adnan
Adnan Tawang, M Rafi dan Tuan Hj Roslan Sidi Ali
Ucapan dari cikgu Muslam
Ucapan dari wakil Pengetua SIF
Ucapan dari Pengerusi...sapa lagi kalau bukan sayalah tu. Kena cari pengganti lain dah buat undian baru.
Che Kamaruddin membelek senarai nama yang hadir dalam perjumpaan kali kedua ini.
Pengerusi majlis M Sokri Jusoh (mat jebeng)

Zulkafli, wakil pengetua SIF, cikgu Sofian, cikgu Tan dan cikgu Din.
Dari Kiri anak M Lazin, anak Zul dan anak Che Kamaruddin.

No comments: