Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, December 15, 2008

Teks Ucapan ReUnion kali ke-2

Bissmillah hir rahman nir rahim

Assalamualikum w.b.t

Terima kasih Pengerusi Majlis Encik M. Sokri bin Jusoh.

Yang saya hormati Pengetua SIF, Bekas Guru Besar SIF, Bekas Guru-guru SIF, AJK Majlis Alumni SEMESTA /SIF, Tuan-tuan dan Puan-puan seangkatan dengan saya disini pada tahun 1976 – 1980 yang lalu.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi pada hari ini 20hb. November 2004 hari yang penuh bersejarah, sekali lagi kita dapat berkumpul di dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri ini..

Buat pengetahuan hadirin sekelian ini adalah perjumpaan kali kedua dalam masa 9 bulan. Perjumpaan yang pertama telah diadakan pada 21hb. Febuari 2004 yang lalu bertempat di CRR, Telaga Batin. Oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan pada perjumpaan yang pertama dan diatas permintaan ramai majlis ini akan diadakan setahun sekali berkemungkinan setiap selepas hari raya Aidil Fitri atau Adha tertakluk kepada komiti AJK yang dilantik dan budjet.

Setelah sekian lama kita meninggalkan SIF, mungkin hari ini kali pertama kita semua menjejaki kaki semula disini. Maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab. Apa salahnya dalam kesibukkan kita meluangkan sedikt masa untuk menghadiri dan memeriahkan lagi perjumpaan seperti ini dimasa-masa akan datang. Selaras dengan tujuan (ReUnion) perjumpaan ini diadakan adalah untuk menyambung kembali Silaturrahim antara kita.
Kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami diucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Sesungguhnya tanpa guru tak mungkin kami semua dapat mengenal abjad A,D,C... dan seterusnya melangkah ke arah kejayaan samada dalam akedemik, perniagaan, surirumah dan sebagainya. Banyak pengalaman dan kenangan kami semua semasa menjadi anak didik guru-guru yang pernah mengajar kami. Pengalaman dan kenangan tersebut amat berguna dan berharga tidak dapat direka dan di jual beli. Bagi kami tiada nilaian emas, intan permata atau wang ringgit dapat menebus atau membayar jasa-jasa guru. Sesungguhnya jasa guru-guru akan sentiasa dikenang hingga keakhir zaman. Saya minta pada semua kawan-kawan berikanlah tepukan pada semua guru-guru yang pernah mendidik kita dahulu (TEPUKKAN). Kami doakan semuga semua guru-guru sentiasa diberikan rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t. sepanjang masa. Kepada guru-guru yang telah pergi meniggalkan kita untuk selamanya, marilah kita sama-sama sedekahkan Surah Al Fatihah semuga rohnya dicucuri rahmatNya setiap masa dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. (Al-Fatihah).
Kepada Pengetua SIF 2004 dan semua yang terlibat, kami bekas pelajar SI 1976-80 mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Budi dan jasa pengetua dan mereka yang terlibat tetap kami kenang, semuga sentiasa ceria dan dipermudahkan Allah s.w.t di dalam menjalani kehidupan dan tugas-tugas mulia sepanjang masa
Sebelum mengundurkan diri, saya Zulkafli bin Abd. Razak selaku pengerusi ReUnion SEMESTA / SIF 2004 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memain peranan demi menjayakan Perjumpaan Hari Raya ini. Saya mohon kemaafan seandainya ucapan saya tadi terselit ungkapan yang tidak menyenangkan atau menyinggung perasaan tanpa disedari, semuga kita semua di berikan Allah s.w.t rahmat dan hidayahnya.
Saya sudahi ucapan ini dengan Wabilallah hi taufiq Wal hidayah, wassalamualaikum w.b.t.
Saya serahkan sessi ini kepada Pengerusi Majlis untuk acara seterusnya.

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkafli bin Abd. Razak
(Pengerusi ReUnion SeMeSTa/SIF 2004)

No comments: