Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Monday, December 15, 2008

Makluman ReUnion kali ke-2

Assalaamualaikumdan salam sejatera

Perjumpaan kali kedua initelah diadakan di Dewan Sekolah Ibrahim Fikri dimana akan membawa nostalgia silam. Perjumpaan kali ini bersama ahli keluarga. Kedatangan seramai 57 ahli keluarga malah ada dari Kelantan, Kuala Lumpur dan lain-lain tempat yang jauh sanggup datang untuk menyambung silaturahim dengan bersusah payah perbelanjaan sendiri.

Tidak lupa kami telah menjemput seramai sepuluh orang guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik kami tapi kehadiran mereka hanyalah empat orang dan itu sudah cukup bermakna bagi kami semua mungkin mereka yang lain kerana keuzuran, ada urusan yang lebih penting perlu diselesaikan dan diluar daerah atau negeri. Guru yang dating ialah Cikgu Muslam dan isteri Cikgu Zaharah, Cikgu Tan bekas cikgu Koperasi, Cikgu Din, Cikgu Sofian serta wakil Pengetua Sekolah Ibrahim Fikri pada masa itu. Perjumpaan kali ini juga diadakan DERMA KILAT untuk menyiapkan surau sekolah yang dalam pembinaan dan telah diserahkan kepada wakil pengetua yang hadir.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Sekolah SIF kerana membenarkan kami menggunakan Dewan Sekolah untuk acara tersebut tanpa apa-apa bayaran dikenakan. Kepada rakan-rakan yang bersusah payah menjejaki dan mengumpul alamat rakan-rakan seperjuangan dan cikgu tidak dilupakan kerana ianya bukan tugas yang mudah terutama Mat Lazin Hassan, Tn Hj Arazmi dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Kepada rakan-rakan, guru-guru yang banyak berjasa telah pergi meninggalkan kita, kami doakan semuga Allah menlimpahi rahmatNya keatas roh mereka dan ditempatkan dikalangan orang-orang soleh. Al-Fatihah. Amin.

No comments: