Pay Pal

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Tuesday, March 27, 2012

Khasiat Kucai


Kucai ~ sayuran terbaik untuk mendapatkan kulit cantik

Info berkenaan sayuran yang tidak asing dalam masakan kita, iaitu kucai. Kucai sering dimasak bersama taugeh dicampur dengan tauhu lembut. Selain itu, sangat sesuai dicampurkan ke dalam koay teow goreng kerang... yumm.. yumm... dan tahukah anda, kucai sedap dimakan begitu sahaja sebagai ulam? Anda juga boleh cuba campurkan daun kucai ke dalam mee segera anda, rasanya sungguh hebat!

Kucai adalah herba yang paling popular dalam masakan Perancis dan Cina. ├Éikenali juga dengan nama botaninya allium schoenoprasum, kucai berasal dari Asia Tengah dan kini banyak ditanam di Scandinavia, Jerman, Britain, China dan Asia Tenggara. Terdapat banyak varieti daripada barat dan timur. Walau bagaimanapun, kucai yang biasa terdapat di malaysia ialah dari jenis allium tuberosum atau lebih dikenali dengan nama kucai cina.


ilustrasi Kucai ~ Allium schoenoprasum

Kucai adalah sebahagian daripada genus besar dalam kira-kira 500 spesies tumbuhan saka berbau kuat yang mengandungi bebawang atau batang bawah tanah. Herba allium ini termasuklah bawang putih, bawang, daun bawang dan daun kucai. Pelbagai spesies allium telah ditanam semenjak zaman awal dan amat penting sebagai sayuran, perasa dan tumbuhan ubatan.

├Éikenali juga dengan nama Chieves (Inggeris), kucai boleh dikenali melalui batangnya yang panjang bersambung dengan bebawang pada pangkalnya dan daun hijau panjang di bahagian atasnya. Bunga kucai berwarna ungu dari jenis allium schoenoprasum dan bunga kucai cina, varieti allium tuberosum pula berwarna putih.
A clump of flowering chives
Flower with bud
Fully open flower ~ closed up
Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai amat lasak dan sesuai ditanam di dalam pasu. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik. Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur. Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk dimakan, bunganya perlu dibuang untuk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Keseluruhan dauh kucai boleh digunakan dalam makanan. Kucai biasa atau kucai bawang mempunyai sedikit rasa bawang kerana kandungan sulfur yang terdapat di dalamnya. Kucai Cina atau kucai bawang putih lebih berasa seperti bawang putih.
Flower of garlic chive
Kucai berbunga dan berbiji benih
Seeds of garlic chive
biji benih kucai ~ closed up
Minyak pati dalam kucai kebanyakannya mengandungi dipropyl disulphide, methyl pentyl disulphide dan penthanethiol. Kucai juga mengandungi vitamin A, vitamin C, kalium dan asid folik. Kucai memiliki ciri-ciri hampir sama seperti sayuran allium lain, kecuali kucai lebih ringan kandungan sebatian sulfur di dalamnya. Kucai juga kaya dengan flavonoid.

Pelbagai khasiat perubatan

Masyarakat Roman mempercayai bahawa kucai mampu melegakan sakit tekak dan selaran matahari. Namun itu bukan sahaja kebaikan kucai. Jangan terkejut apabila mengetahui bahawa kucai mampu melegakan kesakitan perut, melindungi diri daripada penyakit jangung dan strok, dan juga mampu membantu tubuh menentang bakeria yang menyebabkan penyakit. Kucai juga bernilai tinggi dalam dunia perubatan tradisional, khususnya untuk mengubati senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit. Selain daripada itu, herba ini juga dikatakan mampu meningkatkan kebolehan tubuh mencerna lemak.

Ciri-ciri ubatan kucai berbeza sebagaimana ia digunakan di dapur. Kucai merangsang selera makan. Selain itu ia dikatakan boleh membersihkan hidung tersumbat, mengurangkan kembung dan mencegah nafas berbau.

Jika digabungkan dengan diet rendah garam, ia dikatakan mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, kucai juga memiliki kesan diuretik ringan dan juga ciri-ciri antibakteria.

Ejen antiseptik

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekaligus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi. Cara ini amat berkesan untuk menurunkan tekanan darah tinggi, penyakit keputihan serta senggugut.

Mencegah selsema dan ejen ekspektoran

Kandungan vitamin C dalam kucai dikatakan mampu mencegah selesema. Ia juga berupaya mempercepatkan penyembuhan jika selesema terbentuk, dengan cara membantu tubuh mengeluarkan mukus. Ini adalah sebatian sulfur dalam kucai adalah ekspektoran (perembes kahak) semulajadi.

Sekat pertumbuhan tumor

Penyelidikan saintifik ada menunjukkan bahawa kucai mampu merangsang tubuh mencerna lemak. Pengambilan kucai secara kerap mampu membantu merendahkan tahap kolesterol dalam darah.

Mengurangkan risiko kanser

Kajian juga telah menunjukkan bahawa pengambilan tinggi sayuran allium dengan pengurangan risiko bebrapa jenis kanser. Sebatian organosulfur yang terkandung dalam kucai menyekat pertumbuhan tumor dan perkembangbiakan sel dan membantutkan kitaran sel dan sel-sel tumor. Sayuran allium, termasuk kucai, mempunyai kesan perlindungan menentang kaser esofagus dan perut dan juga prostat.

Membantu penglihatan dan kesihatan kulit

Kucai juga memiliki sumber baik beta karotena yang dikatakan mampu membantu memperbaiki penglihatan mata dan membersihkan akne. Ini bermakna kucai adalah sayur terbaik untuk kulit bersinar. Untuk mendapatkan kebaikan ubatan daripada kucai, anda sepatutnya tidak memasak atau memanaskan daun kucai kerana cara ini akan menghilangkan vitamin C yang bernilai serta ciri-ciri pencernaannya.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat ubatan dan kegunaan kucai, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : MW#1458, En.Wiki ~ ChivesEn.Wiki ~ Chinese chives dan Ms.Wiki ~ Kucai

No comments: